fbpx
Our Local Story

Hilangnya Ikon Supermarket Legend, Ting Ting Supermarket Kini Ditutup Secara Rasmi

Hilangnya Ikon Supermarket Legend, Ting Ting Supermarket Kini Ditutup Secara Rasmi
4.2K Shares

Hilangnya Ikon Supermarket Legend, Ting Ting Supermarket Kini Ditutup Secara Rasmi

Supermarket ikonik yang terletak di tengah tengah bandaraya Kuching, Ting Ting Supermarket hari ini menutup operasi mereka secara rasmi. Ting Ting Supermarket telah beroperasi selama 62 tahun bermula pada tahun 1950-an dan pernah menjadi salah sebuah gergasi besar dalam industri tersebut.

Hilangnya Ikon Supermarket Legend, Ting Ting Supermarket Kini Ditutup Secara Rasmi

Diasaskan oleh seorang usahawan dari Sibu, Ting Ming Kheng , Ting Ting Supermarket mencapai era kegemilangannya ketika sekitar tahun 70an sehingga 90an kerana lokasi dan juga variasi produk berkualiti yang dijual.

Bagi mereka yang pernah bersekolah di SK, SMK St Thomas, SK, SMK St Mary, Kuching High dan beberapa sekolah lain di sekitarnya, mereka semestinya mempunyai pelbagai kenangan dengan Ting Ting Supermarket yang terletak berhampiran dengan sekolah mereka ini.

Hilangnya Ikon Supermarket Legend, Ting Ting Supermarket Kini Ditutup Secara Rasmi

Ting Ting Supermarket dikatakan merupakan pasaraya pertama yang mengimport Ribena dan juga sosej di Kuching. Antara barangan yang hot di Ting Ting Supermarket juga adalah variasi daging yang diimport terus dari Australia dan juga New Zealand. Kualiti mereka juga dikatakan sangat baik.

Ramai warga Bandaraya Kuching mempunyai kenangan manis mereka dengan Ting Ting Supermarket ini, ada yang membesar bersama, ada juga yang mula berbelanja membeli barangan runcit di sini dan kekal berbelanja sehingga sekarang. Ting Ting Supermarket bukan sahaja sebuah supermarket, malah ianya merupakan sebahagian daripada komuniti.

Kepada pihak pengurusan dan juga warga kerja Ting Ting Supermarket, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana telah berkhidmat dengan jayanya selama 62 tahun kewujudan anda. Semoga kerjaya selepas ini dipermudahkan dan diberkati.

4.2K Shares
Related posts
Our Local Story

Keluarga Pelayar Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Mereka Di Kuching

Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap