fbpx
I Love Kuching
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
No Result
View All Result
I Love Kuching
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
No Result
View All Result
I Love Kuching
No Result
View All Result
Home Our Local Story

Hanya 100 Jemaah Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Dan Surau Daerah Kuching

Nurul Husna by Nurul Husna
November 19, 2020
Hanya 100 Jemaah Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Dan Surau Daerah Kuching
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Islam Sarawak hanya membenarkan jumlah yang terhad bagi solat jumaat.

Hanya 100 Jemaah Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Dan Surau Daerah Kuching. Majlis Islam Sarawak (MIS) kini membenarkan solat jumaat dan lima solat berjemaah setiap hari diadakan di masjid dan surau di daerah Kuching, tetapi ianya terhad kepada 100 orang sahaja dan ianya berkuat kuasa hari ini 19 November 2020.

Majlis Agama Islam (MIS) dalam satu kenyataan semalam mengatakan bahawa notis tersebut dikeluarkan untuk menetapkan had jumlah umat Islam yang dibenarkan untuk semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau semasa Perintah Kawalan Gerakan Bersyarat (PKPB) ini.

RelatedPosts

Pelajar Tingkatan 5 Parah Jatuh Dari Tingkat 3 SMK Petra Jaya Kuching

6 Ahli Kelab Golf Sarawak Dikenal Pasti Positif COVID-19

Hanya 100 Jemaah Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Dan Surau Daerah Kuching
Hanya 100 Jemaah Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Dan Surau Daerah Kuching

Memperbolehkan solat jumaat di masjid dan surau

“Berdasarkan wabak COVID-19 yang sedang berlaku di Sarawak, MIS telah memutuskan untuk memperbolehkan solat jumaat dan lima waktu solat berjemaah di masjid dan surau.

Namun jumlahnya adalah terhad kepada 100 dan tidak boleh melebihi had tersebut dan diikuti dengan jarak fizikal di antara jemaah.

Hanya 100 Jemaah Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Dan Surau Daerah Kuching

Masjid Jamek Sarawak adalah pengecualian

Masjid Jamek Sarawak adalah pengecualian kerana ukurannya, dengan had yang ditetapkan untuk 200 orang sahaja,” menurut pernyataan tersebut.

Selain itu, aktiviti lain seperti ceramah, kuliah, bacaan Al-Quran atau Yassin hanya dibenarkan antara solat Maghrib dan Isyak tertakluk pada had yang telah ditetapkan.

Makanan dan jamuan di masjid dan surau pula tidak dibenarkan. Disyorkan untuk menyediakan bungkusan makanan untuk dibawa pulang.

Hanya 100 Jemaah Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Dan Surau Daerah Kuching

Jika tidak dapat memperoleh kuota lakukan solat fardhu Zohor

“Gugur tuntutan wajib solat Jumaat jika anda tidak dapat memperoleh kuota, sebaliknya hanya wajib lakukan solat Fardhu Zohor,” kata MIS.

“Arahan ini berkuatkuasa pada hari ini 19 November hingga PKPB diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak,” tambahnya lagi.

Di samping itu MIS juga menekankan bahawa semua harus mematuhi ‘Garis Panduan Masjid dan Surau Semasa dan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh Sarawak (Pindaan 1 Julai 2020)’.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Home
  • About
  • Team
  • Buy now!
A Part Of Borneo Digital
No Result
View All Result
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story

Terms and Conditions - Privacy Policy