fbpx
I Love Kuching
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
No Result
View All Result
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
No Result
View All Result
I Love Kuching
No Result
View All Result
Home Our Local Story

Hampir Separuh Penduduk Kawasan PKPD Kampung Emperoh Jambu, Padawan DIKUARANTIN

Kedung BK Oleh Kedung BK
February 23, 2021
Hampir Separuh Penduduk Kawasan PKPD Kampung Emperoh Jambu, Padawan DIKUARANTIN
Share on FacebookShare on Twitter

Kampung Emperoh Jambu, Padawan kini dibawah PKPD hingga 8 Mac 2021

Artikel ini telah dikemaskini mengikut kemas kini laporan asal untuk ketepatan maklumat.

Hampir Separuh Penduduk Kawasan PKPD Kampung Emperoh Jambu, Padawan DIKUARANTIN. Dilaporkan hampir separuh penduduk di Kampung Emperoh Jambu kini sedang dikuarantin ekoran sebuah kluster terbaharu muncul baru-baru ini, dipercayai berpunca dari sebuah upacara pengebumian di kampung berkenaan.

RelatedPosts

Operasi Ubah Suai Ekzos, Kenderaan Yang Ada Ekzos Diubah Suai Akan Dirampas

Kereta Terapung Di Sungai Berhampiran Jambatan Satok, Mangsa Warga Emas Maut

Hampir Separuh Penduduk Kawasan PKPD Kampung Emperoh Jambu, Padawan DIKUARANTIN

3 kampung lain di daerah Padawan juga terjejas

Menurut laporan, terdapat 3 kampung lain di daerah Padawan terjejas selain Kampung Emperoh Jambu. Ia belum dijelaskan lagi apa kampung-kampung terbabit.

Sementara itu, penduduk-penduduk Kampung Emperoh Jambu yang telah diuji positif kini dikuarantin.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta MP Puncak Borneo, iaitu Datuk Willie Mongin, menyatakan bahawa jangkitan Covid-19 turut dikesan di Kampung Sungai Pinang dan Kampung Belimbing di Bau serta kawasan Tringus Bung.

Datuk Willie Mongin menyatakan bahawa terdapat 3 kampung lain terjejas, selain Kampung Emperoh Jambu.

Beliau turut menasihati penduduk di kawasan Puncak Borneo untuk menangguhkan semua aktiviti perhimpunan sosial bagi membendung penularan Covid-19.

Bagi majlis yang tidak dapat dielak, beliau berharap pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKK) Kampung dapat memantau SOP yang telah ditetapkan.

Kluster Emperoh Jambu dikesan apabila seorang lelaki warga tempatan Sarawak berusia 45 tahun diuji positif pada 16 Februari lalu, menerusi saringan sebelum bertugas.

Kes indeks merupakan kes ke-7,095 dan dipercayai telah menjangkiti ahli keluarganya dan kemudian berkemungkinan merebak kepada kontak-kontak lain semasa upacara pengebumian ahli keluarga isteri kes indeks pada 3 – 5 Februari lalu.

Kampung Emperoh Jambu kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 23 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021.

Lagi di sini:

Source: DAYAK DAILY
Share61Tweet38SendShare
  • Home
  • About
  • Team
  • Buy now!
A Part Of Borneo Digital
No Result
View All Result
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story

Terms and Conditions - Privacy Policy