Our Local Story

GUA. ‘Card Game’ Yang Diinspirasikan Dari Gua Mulu, Sarawak

gua

GUA. ‘Card Game’ Yang Diinspirasikan Dari Gua Mulu, Sarawak.

Beast of Borneo, dengan kerjasama Chameleon Design House kini kembali dengan ‘ card game ‘ terbaru mereka yang diinspirasikan dari Taman Negara Gua Mulu, Sarawak.

gua

GUA terdiri daripada jubin heksagon longgar, masing-masing dengan bahagian laluan di atasnya. Setiap jubin adalah warna berkod di salah satu daripada enam warna dan bentul,  yang kedua adalah untuk membuat permainan ini boleh diakses kepada mereka yang ‘colourblind’ . Jubin longgar membolehkan pemain untuk mencantumkan maze yang berbeza dengan setiap permainan.

gua

GUA merupakan permainan yang senang untuk dipelajari  dan para pemain boleh memulakan cabaran mereka sebaik sahaja mereka membeli GUA. Menguasai asas permainan akan memberi lebih banyak keseronokan kerana pemain akan belajar bagaimana untuk melambatkan dan mensabotaj lawan mereka.

gua

GUA didatangkan di dalam 3 bahasa iaitu bahasa malaysia, english dan juga mandarin. GUA juga sesuai untuk mereka yang berumur 8 tahun ke atas dan dimainkan 2 sehingga 4 orang pemain.

gua

Selain itu, BEASTOFBORNEO juga sedang membangunkan pemainan terbaru mereka yang diberi nama ‘HANTU’

Bagi anda yang ingin mendapatkan GUA , anda boleh berkunjung ke Museum Cafe .

Selain itu, anda juga boleh melakukan pembelian terus di : beastofborneo.com

Jika anda berminat untuk mencuba permainan ini, GUA akan dirasmikan pada esok hari, 22 Januri 2017 di :

iCube Innovation

Level 4, B424-B432, Tower B2, Icom Square, Jalan Pending, Kuching, 93450 Kuching, Malaysia

Masa : 1 petang – 4 petang

Anda boleh mencuba permainan ini secara percuma dan juga bertemu dengan pengasas beastofborneo. See you tomorrow!

 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami