Our Local Story

GrabFood Mula Beroperasi Di Kuching. Diskaun setinggi 50% Untuk Pelanggan

GrabFood Mula Beroperasi Di Kuching. Diskaun setinggi 50% Untuk Pelanggan

GrabFood Mula Beroperasi Di Kuching. Diskaun setinggi 50% Untuk Pelanggan

Bagi warga Kuching yang menantikan pelancaran GrabFood, kini anda tidak perlu risau lagi kerana melalui semakan kami hari ini, anda sudah boleh menempah penghantaran makanan anda terus dari aplikasi Grab.

Jika anda pernah memuat turun aplikasi grab, anda juga akan menerima notifikasi terus dari aplikasi tersebut. Grab juga menghantar email terus ke alamat email pendaftaran aplikasi grab anda

GrabFood Mula Beroperasi Di Kuching. Diskaun setinggi 50% Untuk Pelanggan

Sempena pelancaran GrabFood ini juga, mereka menawarkan diskaun gila gila, 50% diskaun untuk 5 tempahan pertama yang anda lakukan.

Maklumat ringkas mengenai promosi 50% GrabFood Kuching :

  1. 50% diskaun untuk 5 tempahan pertama untuk pengguna baharu (tempahan minima adalah RM25 ke atas)
  2. Kos penghantaran hanya RM3 untuk tempahan bernilai RM20 ke atas
  3. Kos penghantaran RM5 untuk tempahan bernilai RM20 ke bawah
  4. Guna kod ‘EATEASY’ untuk menempah dan anda akan mendapat tawaran diskaun tersebut.

Untuk menggunakan GrabFood, anda hanya perlu buka aplikasi grab anda dan tekan butang ‘Food’. Kemudian anda akan ditunjukkan senarai restoran yang terdapat di dalam GrabFood.

GrabFood Mula Beroperasi Di Kuching. Diskaun setinggi 50% Untuk Pelanggan

Fungsi GrabFood yang diletakkan terus di dalam aplikasi Grab sangat memudahkan kerana anda tidak perlu memuat turun aplikasi yang lain. Tambahan pula anda boleh membayar terus dengan menggunakan grabpay, real cashless lah.

Jika anda berada di pejabat dan malas nak keluar, kini anda hanya perlu grabfood sahaja. Selamat mencuba!

Related posts
Our Local Story

Gara Gara Undian Di Instagram, Remaja Terjun Bunuh Diri Di MJC Kuching.

Our Local Story

Foodpanda Mulakan Operasi Di Kuching, Diskaun RM15 Untuk Tempahan Pertama

Our Local Story

Kini Anda Tidak Perlu Lagi Berbaris Untuk Bayar Bil Utiliti Di Sarawak. Boleh Dapatkan Ganjaran Tunai Lagi!

Our Local Story

Panduan Hantar Kereta Dari Semenanjung Ke Sarawak. Mudah Je!

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami