in

Grab Kini Bergabung Dengan Uber Dan Ianya Akan Lebih Memudahkan Anda

Grab Kini Bergabung Dengan Uber Dan Ianya Akan Lebih Memudahkan Anda

Grab Kini Bergabung Dengan Uber Dan Ianya Akan Lebih Memudahkan Anda

Sebentar tadi GRAB mengumumkan bahawa mereka kini bergabung dengan UBER untuk operasi di Asia Tenggara. Urus janji pembelian tersebut merupakan urus janji terbesar di dalam sejarah syarikat internet di Asia Tenggara.

Selepas Kuching Dan Miri Grab Kini Dilancarkan Di Bandar Sibu

Pengguna dan pemandu uber masih akan mempunyai akses kepada servis uber selama 2 minggu sementara kerja peralihan dilakukan. Ini antara highlight penggabungan 2 gergasi ehailing ini :

  • Grab mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara ( termasuk dengan UberEATS ) dan akan melakukan integrasi kepada sistem ehailing dan fintech mereka.
  • Uber akan mendapat kepentingan sebanyak 27.5% di dalam Grab, yang juga menggambarkan jumlah kepentingan syarikat mereka di pasaran Asia Tenggara.
  • Pengambilan operasi Uber di Asia Tenggara ini juga memberi gambaran bahawa Grab merupakan peneraju pasaran, dan Grab juga akan merupakan peneraju di dalam servis pengantaran makanan.
  • GrabFood akan diperluaskan dari 2 negara ke semua negara utama di Asia Tenggara pada suku tahun seterusnya. Ianya akan menjadi use case untuk adaptasi E Wallet GrabPay dan juga membantu untuk memperluaskan tawaran servis kewangan Grab.
  • Pengambilalihan ini akan mempercepatkan laluan Grab untuk menjana keuntungan di dalam perniagaan teras mereka iaitu pengangkutan, sejajar dengan kemampuan mereka sebagai platform dengan kos paling efisien di Asia Tenggara.

Pada tahun 2017 sahaja, Grab mengalami pertumbuhan sebanyak 2.5x dari segi muat turun aplikasi, 4x dari segi pertambahan pemandu dan 5x dari segi perkembangan operasi ke bandar bandar baru.

Grab kini mempunyai 2 syarikat ehailing terbesar di dunia (Didi Chuxing dan Uber ) sebagai stakeholders, di samping syarikat pelaburan Softbank. Ketiga tiga syarikat ini mempunyai kepentingan yang besar di dalam Grab dan komited untuk meneruskan kejayaan grab di Asia Tenggara.

Facebook Comments

When Startups and Projects Fail

Kunjungi Jerayawara Syuen College April Ini

Kunjungi Jerayawara Syuen College April Ini