Our Local Story

Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma


Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma

Khas buat Usahawan di Kuching yang menjalankan perniagaan F&B , kami kini melancarkan fungsi ‘ get featured ‘ di mana kami akan memaparkan perniagaan anda di dalam laman sesawang kami. Ini sedikit info mengenai laman sesawang kami, data rasmi daripada Google Analytics dan juga alexa.com.

Sebelum itu, biar kami terangkan kenapa wujudnya laman  sesawang ini. Laman sesawang ini wujud dari masalah kita di bandaraya Kuching ini tersendiri. Ramai di antara kita tahu bahawa tiada laman rujukan setempat yang diupdate secara kerap di Bandaraya Kuching. Terutamanya mengenai makanan ( masalah utama ) , event event yang berlangsung di sekitar Kuching, aktiviti aktiviti yang kita boleh lakukan di Kuching, dan juga berita tempatan yang berpusat di Bandaraya Kuching. Oleh kerana masalah – masalah ini, kami wujudkan ilovekch.com dan meletakkan :

  • Things To Do
  • Place To Eat
  • Local Attractions
  • Upcoming Events
  • Our Local Story

sebagai 5 pillars utama di laman sesawang ilovekch.com. Laman sesawang ini telah dilancarkan pada 1 Januari 2017 ( secara tidak rasmi ) dan kini berusia hampir 3 bulan ( ketika artikel ini ditulis )

Walaupun masih muda, kami mendaki carta website di Malaysia & juga di dunia dengan pantas, anda boleh semak di alexa.com/siteinfo . Di sini juga kami sertakan screenshot ( ranking as of artikel ini ditulis )

Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma

Ketika artikel ini ditulis, kami telah mempunyai lebih daripada 400 000 pageviews, hanya dalam masa kurang daripada 3 bulan ( artikel diolah sendiri, bukat pliagarism ). Di sini kami sertakan screenshot statistik dari google analytics.

Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma

Anda boleh lihat 10 artikel paling viral kami, yang kami tulis tanpa meminta sebarang bayaran daripada mereka yang telah kami promosikan secara tidak langsung. Jika anda sedar, perniagaan yang kami promosikan secara tidak langsung adalah perniagaan perniagaan yang baru bermula. Bagi kami, tiada gunanya sekiranya kami menerima bayaran minimal untuk mempromosikan perniagaan anda yang baru bermula, adalah lebih baik jika anda menggunakan wang tersebut untuk melakukan iklan sendiri di Facebook dan juga Google ( through Facebook ads + Google Ads )

Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma

Ini pula screenshot affinity dan in market segment bagi pelawat pelawat ilovekch.com

Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma

Kenapa kami bermula dengan F&B ? Kerana kami tahu banyak peniaga yang tidak mendapat hebahan sepatutnya mengenai perniagaan F&B mereka. Kami berharap dengan adanya platform ilovekch.com maka kita dapat ‘ create a bigger pie’.

Bagi perniagaan F&B yang akan di feature kan di dalam ilovekch.com, ianya akan dipilih secara rawak dari pengkalan data kami. Kami tidak menjanjikan sebarang pertambahan di dalam sales anda ( sik bagus berjanji ) tapi biarlah anda sendiri yang melihat hasilnya nanti.

Bagi setiap perniagaan yang kami akan tulis, kami akan letakkan di dalam beberapa jenis kategori. Anda boleh lihat artikel artikel lama kami, bagaimana kami mengkategorikan perniagaan F&B di dalam laman sesawang ini. Kami tidak menawarkan standalone artikel kerana kami percaya, penulisan secara kategori akan dapat  ‘ create a bigger pie’. Ini adalah selari dengan falsafah perniagaan kami kerana kami percaya perniagaan yang berkolaborasi akan lebih berjaya daripada perniagaan yang berbunuh sesama sendiri.

Contohnya, ketika kami berkongsi artikel mengenai restoran yang menyediakan tomyam, kami sertakan 5 tempat ( untuk siri pertama ) . Ianya memberi manfaat kepada pembaca dan pengguna kerana mereka akan tahu lebih banyak pilihan tomyam yang boleh mereka cuba, dan bagi pengusaha gerai tomyam, mereka akan dapat rotation client .

Selain itu, bagi pengusaha F&B yang masih belum ‘ VERIFY ‘ kan perniagaan anda di Google, kini anda boleh mengesahkan perniagaan anda tanpa perlu menunggu postcard PIN dari Google yang mengambil masa 2 minggu dan ke atas. Anda perlu baca artikel ini terlebih dahulu : Cara Untuk Menyenaraikan Perniagaan Anda di dalam Google Maps di Kuching

Bagi anda yang ingin mengesahkan perniagaan anda di dalam enjin carian di Google tanpa menunggu postcard tersebut, kami boleh membantu anda mengesahkan perniagaan anda secara instant ( t&c apply ). Kami adalah salah satu daripada pihak yang diberi peluang untuk menjadi Trusted Verifier bagi pihak Google di Kuching ( Hanya ada 2 trusted verifier di Kuching ). Anda boleh tonton video di bawah untuk penjelasan ringkas  :

Jadi bagi anda yang ingin ‘get featured di dalam ilovekch.com’ , anda boleh isi borang di pautan di bawah (klik)  :

Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma
 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami