fbpx
Our Local Story

Gelar Bahasa Iban Sebagai Bahasa Orang Utan, Netizen Kecam Lelaki Biadap Ini

Sungguh ‘ignorance’.

Gelar Bahasa Iban Sebagai Bahasa Orang Utan, Netizen Kecam Lelaki Biadap Ini. Apakah perasaan anda jika bahasa anda digelar dengan gelaran yang keterlaluan? Pasti anda merasa terhina dan tersinggung, kan?

Seorang lelaki telah menimbulkan kemarahan netizen apabila bertindak menggelar bahasa sebuah kaum di Sarawak sebagai ‘bahasa orang utan’.

Walau pun perbualan asalnya bukanlah mengenai bahasa tersebut, namun tindakan tersebut telah menyinggung perasaan netizen dengan sikap tidak peduli dan rasis lelaki tersebut.

Gelar Bahasa Iban Sebagai Bahasa Orang Utan, Netizen Kecam Lelaki Biadap Ini
Gelar Bahasa Iban Sebagai Bahasa Orang Utan, Netizen Kecam Lelaki Biadap Ini

Bermula dengan ciapan merendah-rendahkan bidang TESL

Lelaki yang menggunakan nama @mohdamirin_ di laman Twitter itu mengulang kicau ciapan seorang gadis yang mengutuk tindakannya merendah-rendahkan bidang pengajian Bahasa Inggeris TESL sebagai bahasa kedua (TESL) di universiti.

Gadis tersebut mengutuk perbuatan Amirin dalam Bahasa Iban namun dibalas dengan ciapan berbunyi “Saya tidak faham bahasa orang utan”.

Ciapan asal lelaki tersebut bermula dengan ciapan yang merendah-rendahkan usaha seorang individu lain dengan mengatakan bidang tersebut sebagai bidang yang mudah dan keputusan yang cemerlang boleh diraih tanpa perlu belajar.

Nampak sangat rasis..

Perbuatan tersebut sudah tentu menggambarkan sikap lelaki ini yang hidup dalam dunia sendiri dan mementingkan diri sendiri. Lebih mendukacitakan, ia menunjukkan sikap perkauman yang ketara sedangkan rakyat Malaysia telah hidup bersatu dengan pelbagai kaum sejak berpuluh tahun yang lalu.

Ciapan biadap lelaki tersebut tidak dibiarkan begitu sahaja oleh netizen. Dalam ciapan balas serta ulang kicau, kebanyakan netizen mengecam tindakan lelaki tersebut.

Gelar dirinya sebagai ‘Your Favourite Influencer’

Namun demikian, perkara yang melucukan ialah lelaki ini menggelarkan dirinya sebagai ‘Your Favourite Influencer’. Adakah lelaki ini ingin menjadi seseorang yang berpengaruh untuk menghasut netizen menjadi rasis dan sombong seperti beliau?

Errk. Nahhh.

Sumber : Giphy

Sebagai rakyat Malaysia, anda seharusnya memahami bahawa kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Oleh yang demikian, sikap saling bertolak ansur dan menghormati budaya serta sensitiviti perlu menjadi sebahagian daripada amalan hidup.

Jangan kerana mulut, badan binasa.

Baca juga kisah ‘makcik rasis’ di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button