Our Local Story

Gara Gara Undian Di Instagram, Remaja Terjun Bunuh Diri Di MJC Kuching.

Gara Gara Undian Di Instagram, Remaja Terjun Bunuh Diri Di MJC Kuching.

Gara Gara Undian Di Instagram, Remaja Terjun Bunuh Diri Di MJC Kuching.

Seorang remaja yang berusia 16 tahun memilih untuk menuruti undian di instragram apabila merealisasikan majoriti undian 69% yang memilih D (die), menurut laporan Astro Awani sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan memberitahu, mangsa membuat undian tersebut melalui akaun Instagram.

“Sebanyak 69 peratus rakan instagram mangsa menyokong hasratnya untuk mati menerusi kotak undi yang dimuat naik sekitar jam 3 petang semalam.

Mangsa sebelum itu menulis  catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L pada kotak undi

Mangsa turut memuat naik status ‘WANNA QUIT F**KING LIFE I’ M TIRED’ dalam facebooknya.

Semakan pada telefon bimbitnya pula, menemui status WeChat yang mengucapkan sayang kepada kawan-kawannya, yang ditulis dalam bahasa Cina

Kata Aidil, remaja tersebut dipercayai tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.

Mangsa ditemui sekitar jam 8.00 malam oleh seorang lelaki, yang kemudian melaporkan insiden tersebut kepada Balai Polis Batu Kawa.

Sejurus selepas itu, adik lelaki mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka selepas makan bersama ibunya, seorang warga Indonesia turut ternampak mangsa dalam keadaan terlentang di permukaan jalan dengan berlumuran darah.

Mayat mangsa kata Aidil,  kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat, yang dijadualkan petang ini.

Tiada unsur jenayah dikesan di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Astro Awani

Related posts
Our Local Story

Foodpanda Mulakan Operasi Di Kuching, Diskaun RM15 Untuk Tempahan Pertama

Our Local Story

GrabFood Mula Beroperasi Di Kuching. Diskaun setinggi 50% Untuk Pelanggan

Our Local Story

Kini Anda Tidak Perlu Lagi Berbaris Untuk Bayar Bil Utiliti Di Sarawak. Boleh Dapatkan Ganjaran Tunai Lagi!

Our Local Story

Panduan Hantar Kereta Dari Semenanjung Ke Sarawak. Mudah Je!

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami