fbpx
I Love Kuching
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
No Result
View All Result
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
No Result
View All Result
I Love Kuching
No Result
View All Result
Home Our Local Story

Gaduh Guna Pedang Samurai Kerana Wanita, 9 Lelaki Ditangkap Di Kuching

Nurul Husna Oleh Nurul Husna
February 15, 2021
Gaduh Guna Pedang Samurai Kerana Wanita, 9 Lelaki Ditangkap Di Kuching
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam satu video rusuhan telah tersebar di mana sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Chong Lin Plaza.

Gaduh Guna Pedang Samurai Kerana Wanita, 9 Lelaki Ditangkap Di Kuching. Gara-gara seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap selepas terlibat dalam satu rusuhan di hadapan Chong Lin Plaza, Green Road pada Valentine’s Day petang Ahad semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani, kesemua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 20 sehingga 35 tahun telah diberkas di sekitar Kuching dan Padawan.

RelatedPosts

Operasi Ubah Suai Ekzos, Kenderaan Yang Ada Ekzos Diubah Suai Akan Dirampas

Kereta Terapung Di Sungai Berhampiran Jambatan Satok, Mangsa Warga Emas Maut

Gaduh Guna Pedang Samurai Kerana Wanita, 9 Lelaki Ditangkap Di Kuching
Gaduh Guna Pedang Samurai Kerana Wanita, 9 Lelaki Ditangkap Di Kuching. Kredit Gambar: UtusanBorneo

Pertempuran di Hari Memperingati Kekasih. Sembilan ditangkap. Dalam kejadian tersebut masing masing bersenjatakan…

Posted by Sarawak Update on Sunday, February 14, 2021

Rusuhan antara dua pihak yang disyaki berpunca dari seorang wanita

“Pada 14 Februari 2021 sekitar jam 5 petang di Chong Lin Plaza, Green Road, Kuching telah berlaku rusuhan antara dua pihak yang disyaki berpunca dari seorang wanita dan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. 

“Dalam kejadian tersebut mereka masing-masing bersenjatakan parang, rotan dan pedang samurai,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Rentetan daripada kejadian tersebut, pihak berkuasa telah melancarkan operasi menangkap kesemua mereka yang terlibat dalam kejadian itu.

Tangkapan pertama telah dilakukan seawal jam 12.14 tengah malam di sekitar Kuching dan Padawan.

Gaduh Guna Pedang Samurai Kerana Wanita, 9 Lelaki Ditangkap Di Kuching

Kesemua suspek akan ditahan reman

Selain itu, beliau turut berkata bahawa kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 148 kanun keseksaan,” ujar beliau. 

Kes masih dalam siasatan.

Kredit: Utusan Borneo

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Home
  • About
  • Team
  • Buy now!
A Part Of Borneo Digital
No Result
View All Result
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story

Terms and Conditions - Privacy Policy