fbpx
More

    Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree

    Segulung ijazah bukan pengukur pangkat dan gaji.

    Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree. Segulung ijazah yang diperolehi tidak menjamin seseorang untuk mendapatkan pekerjaan yang berpangkat tinggi dan selesa sejurus selepas tamat pengajian.

    Di zaman yang serba pantas dan mencabar ini, generasi muda perlu mengambil apa sahaja peluang yang ada di depan mata bagi meneruskan kehidupan. Walau pun terpaksa bermula bekerja dari bawah.

    “Rugi belajar tinggi-tinggi tapi kerja McD saja”

    Menerusi kiriman seorang gadis yang bernama Unaa Husnaa di laman Facebook, beliau membalas semula pendapat sesetengah individu yang mendakwa rugi melanjutkan pelajaran bertahun-tahun di universiti tetapi akhirnya hanya bekerja sebagai pelayan restoran makanan segera.

    Kiriman tersebut telah mendapat sebanyak 4.6K tanda suka serta 5.4K perkongsian sejak ia dimuat naik awal Julai lalu.

    “Belajar tinggi tinggi sampe ijazah degree, tapi kerja MCD jak rugi nyaa belajar 3 tahun di University ” heheheh aoklah…

    Posted by Unaa Husnaa on Thursday, July 9, 2020

    Menurut Una, setiap orang memiliki rezeki pekerjaan yang berbeza-beza. Mungkin rezeki pekerjaan yang stabil dan lebih baik masih belum tiba untuknya.

    Timba banyak pengalaman di restoran makanan segera

    Namun, beliau tidak memilih untuk menunggu seperti bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, Una bekerja sebagai pelayan restoran makanan segera, McDonald cawangan MetroCity Kuching untuk menimba ilmu dan pengalaman walau pun beliau merupakan graduan universiti tempatan dalam jurusan kajian politik dan pemerintahan.

    Genap setahun bekerja di restoran tersebut, beliau mengakui telah menimba banyak pengalaman serta pengajaran dalam ilmu khidmat pelanggan.

    Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree
    Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree
    Sumber : Facebook

    Sudah lali dipandang rendah, berdepan pelanggan yang sentiasa ‘betul’

    Gadis ini juga sudah biasa berdepan dengan kerenah pelanggan yang sentiasa ‘betul’, dipandang rendah oleh pelanggan, cedera semasa bekerja malah menangis akibat kepenatan. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki.

    Tambahnya lagi, rezeki yang diperolehinya daripada bekerja di restoran tersebut membolehkannya untuk memberi sedikit wang kepada kedua ibu bapa, membeli kereta sendiri serta mengumpul wang perkahwinan.

    Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree
    Sumber : Facebook

    Tidak semudah itu untuk mendapat jawatan tetap

    Walau pun ada segelintir individu yang mempersoalkan mengapa beliau tidak bekerja bersama bapanya di mahkamah, namun ia tidak semudah itu kerana perlu melalui temuduga dan sebagainya. Yang penting, jangan memilih pekerjaan.

    “Mungkin anda fikir mahkamah itu bapa saya yang punya. Sekarang, semua (pekerjaan) memerlukan temu duga dan sebagainya,”

    Unaa Husnaa

    Jangan perlekeh pekerjaan orang lain

    Una turut memberi pesanan agar tidak sesekali memperlekehkan pekerjaan seseorang walau pun mereka mempunyai pelajaran yang tinggi. Begitu juga dengan individu yang tidak berpelajaran.

    Walau pun anda mempunyai pangkat yang tinggi, ia bukanlah ‘lesen’ untuk anda menghina individu yang lebih rendah daripada anda. Kehidupan ini umpama roda yang berputar, barang kali mereka pula yang akan menolong anda pada masa hadapan.

    Beliau turut menasihatkan diri sendiri agar sentiasa membandingkan diri dengan orang lebih susah berbanding orang yang lebih senang kerana dari situ beliau akan lebih bersyukur.

    Memang betul pesanan Unaa ini. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berlainan. Ada yang berliku, ada yang mudah dan lancar. Segulung ijazah bukan pengukur pangkat dan gaji. Yang penting, anda gembira dengan pekerjaan yang anda lakukan.

    Setuju? Apa pandangan anda?

    Baca juga kisah inspirasi ini :

    Artikel Berkaitan