in

Gabungan Pemandu Teksi Mogok Di Kuching, Tiada Teksi Di Lapangan Terbang

Gabungan Pemandu Teksi Mogok Di Kuching, Tiada Teksi Di Lapangan Terbang

Gabungan Pemandu Teksi Mogok Di Kuching, Tiada Teksi Di Lapangan Terbang

Gabungan pemandu teksi hari ini melakukan mogok dan demonstrasi aman di kawasan letak kereta Bangunan Dewan Undangan Negeri lama di Kuching bagi menyatakan rasa tidak puas hati dan juga protes mereka terhadap Uber dan Grab di Kuching.

Menurut video yang dirakamkan oleh Sarawak Edition ,pemandu pemandu teksi tersebut ingin menyuarakan pendapat dan bantahan terhadap Uber dan Grab kerana mereka beroperasi tanpa lesen dan permit yang sah.

Mereka juga mengatakan pendapatan mereka merudum jatuh sebanyak 90% akibat wujudnya Uber dan juga Grab.

Banyak juga netizen melontarkan pendapat pendapat mereka dengan mengatakan perkhidmatan teksi di Kuching terlalu mahal.

Seperti yang kita tahu, untuk perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Bandaraya Kuching, tambang yang dikenakan adalah RM25/26 manakala untuk Uber/Grab pula adalah sekitar RM11-RM14.

Gabungan Pemandu Teksi Mogok Di Kuching, Tiada Teksi Di Lapangan Terbang

Mereka juga membawa sepanduk seperti ‘ UBER GRAB RASUAH ‘ dan juga ‘ TEKSI PERLU SOKONG BN ‘

Difahamkan juga, tiada perkhidmatan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching akibat mogok tersebut. Sebelum ini, parlimen Malaysia mencatat sejarah apabila meluluskan rang undang undang bagi mengesahkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grab.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini :

“Malaysia mencatatkan sejarah sebagai negara pertama menjadikan perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Grabcar dan Uber sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Peruntukan bagi mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ itu menjadi kenyataan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Ini merupakan kali pertama penyedia e-hailing dikawal selia… bermaksud setiap pihak sedang memerhatikan kita sekarang. Setakat ini tiada (negara) mengawal selianya.

“Jadi bagaimana anda akan menguatkuasakannya? Perlu kawal selianya terlebih dahulu bagi membolehkan ia dikuatkuasakan.

“Jadi, sejarah telah tercipta bagi Malaysia dan negara-negara lain sedang memerhatikan kita sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas menggulung kedua-dua RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

Nancy berkata dengan kelulusan RUU itu, pemandu e-hailing di Semenanjung kini tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) manakala di Sabah dan Sarawak di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Kedua-dua RUU itu turut menetapkan segala syarat-syarat yang dikenakan kepada pemandu teksi, kini akan turut terpakai kepada pemandu kenderaan ‘e-hailing’ termasuk pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu.”

 

 

 

Facebook Comments
Pesta All You Can Eat Durian Di Kampung Bung Jagoi, Hujung Bulan Ini

Pesta All You Can Eat Durian Di Kampung Bung Jagoi, Hujung Bulan Ini

Cermin Kereta Rosak Kerana Salah Faham, Pemandu Grab Kuching Ini Ceritakan Pengalaman Beliau

Cermin Kereta Rosak Kerana Salah Faham, Pemandu Grab Kuching Ini Ceritakan Pengalaman Beliau