in

Gabungan Parti Sarawak – Ini Komen Netizen Sarawak

Kebanyakkannya skeptikal

Gabungan Parti Sarawak - Ini Komen Netizen Sarawak

Gabungan Parti Sarawak – Ini Komen Netizen Sarawak

Sebulan selepas Pilihanraya Umum Ke 14 yang menyaksikan jatuhnya Barisan Nasional, semalam pula Ketua Menteri Sarawak mengumumkan bahawa Barisan Nasional Sarawak yang terdiri dari PBB, PDP, PRS dan SUPP keluar dari BN dengan serta merta.

BN Sarawak Tinggalkan BN, Tubuhkan Gabungan Parti Sarawak

Menurut Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu diambil setelah mengambil kira faktor faktor selepas pilihanraya dan mereka merasakan the way forward adalah untuk menumbuhkan Gabungan Parti Sarawak atau nama singkatnya GPS.

Gabungan Parti Sarawak - Ini Komen Netizen Sarawak

Keputusan tersebut ternyata menghangatkan media sosial dengan pelbagai reaksi yang diberikan. Ada yang menyokong sepenuhnya dan tidak kurang juga yang menyindir.

Menariknya, selepas Pilihanraya Umum Ke 14, Rakyat Sarawak semakin berani untuk bersuara. Ternyata kebanyakkannya menikmati kebebasan bersuara yang sebelum ini sangat terbatas ketika di dalam genggaman Barisan Nasional.

Ada juga yang lebih radikal dengan mencadangkan agar referendum dibuat supaya Sarawak keluar dari Malaysia.

Namun begitu, ternyata isu yang lebih besar yang dilihat dari sisi yang lain adalah jika pemimpinnya masih sama, dan ditokok yang sama, ianya tidak memberi apa apa kesan.

Menurut pengerusi DAP Sarawak, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight GPS hanya sekadar bertukar nama namun hakikatnya masih BN yang lama.

“Tidak kisah apapun nama yang hendak digelar oleh empat parti itu, mereka masih komponen parti BN Sarawak yang lama, yang mengamalkan dasar BN yang lama,” kata Chong dalam satu kenyataan di Kuching, hari ini.

Menurut ahli parlimen Sebuti dari PBB pula,

“Melalui GPS telah ditetapkan bahawa Ahli Parlimen Sarawak akan mengamalkan mesra kepada kerajaan Persekutuan dibawah Pakatan Harapan,” kata Lukanisman.

Hala tuju Gabungan Parti Sarawak selepas ini semestinya akan menjadi tanda tanya, apatah lagi dengan rakyat yang kini tidak takut lagi mempersoalkan isu politik yang sensitif.

Sarawak sebelum ini mencipta sejarah dengan kali pertamanya menjadi negeri pembangkang apabila Barisan Nasional ditumbangkan pada Pilihanraya Ke 14 yang lalu.

Selepas itu, Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Taib Mahmud dikhabarkan berjumpa dengan Tun Dr Mahathir. Tular juga selepas itu mengenai lawatan Ketua Menteri Sarawak pula melawat Tun Dr Mahathir di Putrajaya.

Apa apa pun, amat menarik untuk kita saksikan survival parti politik tempatan di Sarawak menjelang PRN yang akan datang.

Leave a Reply

Loading…

BN Sarawak Tinggalkan BN, Tubuhkan Gabungan Parti Sarawak

BN Sarawak Tinggalkan BN, Tubuhkan Gabungan Parti Sarawak

Survey Awam : Hanya 20% Setuju Dengan Projek LRT Di Kuching

Survey Awam : Hanya 20% Setuju Dengan Projek LRT Di Kuching