fbpx
Our Local Story

Foodpanda Mulakan Operasi Di Kuching, Diskaun RM15 Untuk Tempahan Pertama

Foodpanda Mulakan Operasi Di Kuching, Diskaun RM15 Untuk Tempahan Pertama

Penyedia perkhidmatan penghataran makanan terkenal di Malaysia, Foodpanda akhirnya memulakan operasi mereka di Kuching.

Menurut maklumat ringkas yang diperolehi dari laman Facebook mereka, Kuching merupakan salah sebuah bandar yang dipilih untuk mereka meluaskan operasi. Sebelum ini, Food Panda juga telah beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah.

Kehadiran Food Panda di Kuching juga memeriahkan industri penghantaran makanan di Kuching selepas Grab Food melancarkan servis mereka beberapa hari yang lalu.

Melalui semakan kami, Food Panda mempunyai banyak pilihan makanan yang menarik, termasuk laksa sarawak yang kini anda hanya perlu tempah dengan menggunakan telefon bimbit anda.

Anda juga boleh dapatkan diskaun RM15 sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi Food Panda untuk kali pertama. Nak tahu bagaimana? Anda hanya perlu ke pautan : http://bit.ly/foodpandakuching

Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close