fbpx

Food Panda Hantar Makanan Bernilai RM200+, Rupa-Rupanya Anak Pesan Secara Senyap

SPONSORED

Hahahah! Alamak…

Food Panda Hantar Makanan Bernilai RM200+, Rupa-Rupanya Anak Pesan Secara Senyap. Kids are wonderful, mereka membawa kegembiraan dalam hidup kita. Tapi kadang kala mereka juga membawa sakit kepala. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Untuk ibu ini, ketibaan Food Panda ke rumahnya untuk menghantar makanan bernilai RM200+ (RM226.76 untuk lebih tepat) secara tiba-tiba memang mengejutkan beliau. Malah, beliau sama sekali tak ingat memesan dari Food Panda. Tapi rupa-rupanya…

SPONSORED
Food Panda Hantar Makanan Bernilai RM200+, Rupa-Rupanya Anak Pesan Secara Senyap

Semua berlaku setelah anak-anaknya tertidur

Si ibu, iaitu Sharifah Nur Adleen, berkongsi pengalaman mengerikannya apabila menerima pesanan Food Panda berjumlah RM226.76 melalui Facebook.

Rasa nak tetak(ketawa) ka nak nangis ka nak marahh???Anak pun kerjaan.. Order Tom yum sampey 12 igek..dgn sup tulang…

Posted by Sharifah Nur Adleen on Friday, November 13, 2020

Menurut posting beliau, beliau menerima 12 sup tom yam seafood (RM11.50 satu), satu sup tulang lembu (RM13.60), 2 kerabu daging (RM10.80 satu), dan 4 sup daging (RM12.20 satu), berjumlah RM226.76 (termasuk yuran hantaran)!!!

SPONSORED
Kredit: Facebook

Untuk memburukkan keadaan, ketika penghantaran tiba beliau harus membayar dengan wang tunai!

Kredit: Facebook

Menurutnya ketika dihubungi, terdapat kekeliruan antara beliau dan dua penunggang Food Panda yang menghantar makanan tersebut.

“Mereka siap ada plastik-plastik makanan tersebut. Pada mulanya, saya memberitahu mereka bahawa saya tidak memesan apa-apa. Mereka bertanya kepada saya, “adakah ini rumah Puan Sharifah?” Saya jawab betul, tapi saya menafi bahawa saya memesan apa-apa dari Food Panda,” katanya.

Bingung dengan keadaan itu, beliau pergi untuk memeriksa telefon bimbitnya untuk mengesahkan. Namun, apa yang dijumpainya mengejutkannya.

“Mama, Azeez lapar,”

Apa yang beliau dapati adalah bahawa anaknya, Azeez, secara diam-diam memesan makanan ketika beliau sedang menidurkan anaknya yang seorang lagi.

“Masa itu, saya sedang menidurkan adik dia yang berumur 1 tahun. Anak saya yang seorang lagi, Azeez, cakap dia nak main dengan telefon bimbit saya untuk tengok video dalam YouTube. Saya biasanya memberikan telefon kepadanya supaya dia dapat menyibukkan diri dan senyap ketika saya tidurkan adiknya,” ujarnya lagi.

Si Azeez, berusia 4 tahun 10 bulan, kemudian mengatakan bahawa dia lapar.

“Semasa dia main dengan telefon bimbit saya, dia kata “mama, Azeez lapar.” Saya berjawab, “nanti, tunggu adik tidur, mama buatkan.” Lepas itu, Azeez senyap selama kira-kira 15 minit sehingga dia tertidur,” katanya lagi.

Well… you can guess what happened next!

Selama 15 minit Azeez bersenyap, dia sebenarnya memesan dari Food Panda, dengan itu menjelaskan mengapa kedua-dua penunggang Food Panda itu berada di luar rumahnya 15 minit kemudian!

“Setelah saya memeriksa aplikasi Food Panda, saya menjerit “MasyaAllah… Anaaak!” sehingga saya terduduk depan pintu apabila melihat total,” katanya.

Haa! Si pelaku! Kredit: Sharifah Nur Adleen

Menunggu pembayaran

Setelah beliau mengetahui siapa yang memesan makanan tersebut, satu lagi cabaran yang harus beliau hadapi adalah pembayarannya. Katanya lagi,

“Mereka pun sedang menunggu saya. Mereka tengok muka saya dan bertanya, “macam mana ini, Puan? Banyak ni! Saya ingat orang yang beli ada buat kenduri atau sedekah.” Saya terus ketawa sambil menangis!”

Dengan tiada pilihan lain, beliau terpaksa mengambil beg duitnya untuk membayar makanan tersebut. Sambil itu pula beliau berasa kasihan kepada kedua-dua penghantar makanan itu kerana mereka tak tahu paduhal yang membeli itu adalah seorang budak kecil.

“Semasa saya mengambil beg duit saya, kaki lutut saya semua lemah. Sebab total tak masuk akal! Bayangkan, RM200 lebih. Nasib baik saya meniaga online, sekurang-kurangnya ada juga wang tunai sikit dengan saya. Kalau tiada duit, macam mana?” ujarnya lagi.

Beliau mengatakan lagi bahawa beliau masih dapat bersabar kerana benda pun sudah terjadi.

“Nasib baik si Azeez sudah tidur. Lucu pula tengok muka penghantar makanan itu!” katanya.

Menurut beliau lagi, keadaan ini terjadi mungkin kerana Azeez memerhatikannya memesan makanan dari aplikasi tersebut.

“Dalam seminggu, saya akan memberi mereka makanan ringan kalau mereka ada buat sesuatu yang baik. Saya akan membeli treat untuk mereka melalui aplikasi Food Panda dan mereka akan pilih dari sana. Kadang kala nak ais krim atau air boba,” katanya.

Jadi, apa terjadi dengan makanan lebih itu?

“Memang mustahil untuk habiskan semua makanan itu sebab memang terlalu banyak. Jadi nasib baik ada yang mahu membeli dari saya, separuh saya jual balik dan separuh lagi saya sedekah kepada jiran-jiran saya. Pandai pula si Azeez pilih hari Jumaat untuk buat pesanan!”

Sebagai pengajaran untuk diri sendiri, Puan Sharifah telah buangkan aplikasi itu kerana takut kejadian ini akan berulang pula!

Kecik kecik dah pande main order ho! Kredit: Facebook

Alahai… budak, budak…

Lagi di sini:

SPONSORED
Teruskan Membaca
SPONSORED

Artikel Berkaitan

Back to top button