Our Local Story

Fenomena Merdeka, Halo Pelangi Terbentuk DiKeliling Matahari Di Kuching

Fenomena Merdeka, Halo Pelangi Terbentuk DiKeliling Matahari Di Kuching

Terdapat keistimewaan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 hari ini apabila terdapat halo pelangi yang terbentuk di keliling matahari seperti yang dilihat di langit Kuching hari ini.

View this post on Instagram

Look up

A post shared by madey (@madeyskomot) on

Fenomena halo matahari ini ialah satu fenomena optik yang menampilkan bentuk cincin di sekitar matahari. Ini terjadi akibat refleksi cahaya matahari melalui kristal-kristal ais yang terdapat di awan cirrus, iaitu awan yang terletak di tingkatan troposfera (sekitar 5-10 km dari permukaan bumi).

 

https://www.instagram.com/p/BYcWAvzBjON/?taken-by=peselai

Ia juga dikenali sebagai 22 degree halo kerana terbentuk pada sudut 22 darjah dari matahari.

Fenomena Merdeka, Halo Pelangi Terbentuk DiKeliling Matahari Di Kuching

Kredit: University of Illinois WW2010 Project

 

 

Media sosial warga Kuching dihiasi dengan gambar-gambar indah fenomena halo matahari ini.

Fenomena Merdeka, Halo Pelangi Terbentuk DiKeliling Matahari Di Kuching

Kredit: Jonathan Ong (Facebook)

 

Fenomena Merdeka, Halo Pelangi Terbentuk DiKeliling Matahari Di Kuching

Kredit: Dennis Wong (Facebook)

 

Apa itu Fenomena Halo ? 

Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu dan juga pada 28 April 2015 dalam lingkungan pukul 1.30 petang hingga 2.20 petang.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

Semestinya fenomena alam ini amat mengagumkan. Secara kebetulan fenomenanya berlaku pada Hari kebangsaan, justeru membuatkan sambutan 31 Ogos tahun ini extra special.

Selamat Hari Kebangsaan kepada semua pembaca kami!

 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami