fbpx
Our Local Story

Endowment Fund Scheme Dilancarkan, RM1000 Untuk Seorang Bayi Anak Sarawak

Endowment Fund Scheme Dilancarkan, RM1000 Untuk Seorang Bayi Anak Sarawak
680 Shares

Endowment Fund Scheme Dilancarkan, RM1000 Untuk Seorang Bayi Anak Sarawak

Endowment Fund Scheme yang diumumkan oleh Kerajaan Sarawak dalam Bajet 2019 Sarawak dilancarkan secara rasmi semalam di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching.

Pada majlis tersebut, sebanyak 55 sijil Endowment Fund Sarawak dikeluarkan untuk bayi bayi yang lahir sekitar 1 ke 7 Januari 2019 di sekitar Kuching sebagai simbolik pelancaran skim tersebut.

Endowment Fund Scheme ini mempunyai dana sebanyak RM40 juta untuk tahun ini bagi memenuhi keperluan anggaran 40 000 kelahiran bayi di Sarawak untuk tahun ini sahaja.

Endowment Fund Scheme Dilancarkan, RM1000 Untuk Seorang Bayi Anak Sarawak

Kelayakan untuk Endowment Fund Scheme adalah seperti berikut :

  • Kedua ibu bapa merupakan warga negara Malaysia
  • Kedua ibu bapa merupakan pemengang MyKad berstatus ‘K’ yang lahir di Sarawak.
  • Pendaftaran dilakukan pada tahun pertama kelahiran bayi.
Endowment Fund Scheme Dilancarkan, RM1000 Untuk Seorang Bayi Anak Sarawak

Dana Endowment Fund Scheme Sarawak ini hanya akan dapat dikeluarkan apabila bayi tersebut berumur 18 tahun, sesuai bagi keperluan seseorang remaja yang beralih dari zaman persekolahan ke peringkat kolej dan universiti yang kebiasaaanya menelan belanja yang lebih besar.

Bagi mereka yang tidak melanjutkan pelajaran pula, mereka boleh menggunakan wang tersebut sebagai modal perniagaan ataupun memasuki bidang bidang lain yang dipilih penerima ketika mereka berusia 18 tahun.

Jadi buat ibu bapa atau bakal ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran anak masing masing pada tahun 2018 ini, jangan lupa untuk daftarkan bayi anda untuk mendapatkan Endowment Fund Scheme yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak ini.

680 Shares
Related posts
Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Our Local Story

Akibat Parking Sesuka Hati, Kereta Ini Dicalari

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap