Dua Maut Dihempap Pelantar Kren Di Kota Samarahan
Dua orang maut dihempap pelantar kren yang tumbang di sebuah tapak projek perumahan Taman Tanjung Tuang, Kota Samarahan, semalam (11 Ogos), menurut laporan Astro Awani.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad B. Bake dari Kampung Melayu Kota Samarahan dan Helen Suma Ak. Gilbert dari Kampung Moyan Lidang Asajaya.

Kedua-dua mangsa ialah pekerja di tapak pembinaan tersebut.
Mayat mangsa dikeluarkan dari bawah pelantar kren dengan bantuan dua jentera berat yang mengangkat bahagian kren yang tumbang.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Baca lebih banyak cerita mengenai Kuching di sini : Our Local Story In Kuching