Our Local Story

Dua Beradik Di Serian Dirogol Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara

Dua Beradik Mangsa Hamba Seks Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara, Seorang Mengandung

Dua Beradik Di Serian Dirogol Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara

Seorang remaja berusia 19 tahun telah dirogol oleh bapa kandung, datuk, dan dua bapa saudaranya sendiri hingga disahkan mengandung semalam (11 Ogos).

Berita Astro Awani melaporkan Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar mengesahkan kejadian tersebut dan berkata pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu oleh pihak Hospital Serian sekitar jam 2.30 petang.

Dua Beradik Di Serian Dirogol Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara

 

“Kita dimaklumkan bahawa mangsa telah berbadan dua dan dirujuk ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan.”

Berdasarkan maklumat awal, Dev berkata remaja itu mendedahkan bahawa dia dirogol oleh bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun.

“Lebih menyedihkan, adik mangsa (kini berusia 14 tahun) turut menerima nasib sama sejak berusia sembilan tahun.”

Insiden berlaku di rumah keluarga itu di Kampung Daha Seroban, Serian.

Ketika kejadian berlaku kedua-dua mangsa dan empat suspek tinggal serumah.

Selesai siasatan awal, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Serian diketuai oleh Inspektor Vimal Nathan telah menahan kesemua suspek di rumah mereka sekitar jam 3.30 petang.

Menurut Dev, semua suspek berumur antara 26 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Samarahan hari ini (12 Ogos) untuk permohonan reman.

Sehingga April Lepas, 38 kes rogol, 13 cabul kehormatan dan 3 kes liwat melibatkan kanak-kanak direkodkan di negeri Sarawak

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Negeri , Datuk Dev Kumar, jumlah ini agak membimbangkan biarpun jumlah keseluruhan kes pada tahun lalu menurun berbanding tahun sebelumnya.

Baca lagi :

5 Event Menarik Di Kuching Sepanjang Hujung Minggu Ini

11 Jalan Yang Akan Ditutup Sempena Kuching City Street Parade 2017

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami