fbpx
More

    ‘Dr M sepatutnya sudah berjuang untuk hak Sarawak ketika masih PM jika benar-benar ikhlas’

    ‘Dr M sepatutnya sudah berjuang untuk hak Sarawak ketika masih PM jika benar-benar ikhlas’

    Jika Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar ikhlas untuk mengkaji balik Perjanjian Malaysia 1963, beliau sepatutnya telah melakukannya ketika beliau masih Perdana Menteri selama 22 tahun.

    'Dr M sepatutnya sudah berjuang untuk hak Sarawak ketika masih PM jika benar-benar ikhlas'

    Itulah pendapat Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing apabila ditanya oleh pihak media tentang perjanjian Dr Mahathir bahawa beliau akan mengkaji balik hak autonomi Sarawak sekiranya Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

    Menurut laporan oleh New Straits Times, James berkata hasrat Dr Mahathir untuk membincangkan perkara tersebut setelah sekian lama ialah satu yang ‘ironik’.

    “Selama 22 tahun (sebagai Perdana Menteri), beliau pilih untuk mendiamkan diri dan tidak pernah menyentuh hal perjanjian tersebut.”

    “Jadi mengapakah beliau tiba-tiba berjanji untuk mengkaji perjanjian itu sekarang? Mengapa beliau tidak berbuat sedemikian ketika beliau masih berkuasa?”

    James berkata Dr Mahathir enggan menghadiri mana-mana mesyuarat untuk membincangkan Perjanjian Malaysia sepanjang beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

    James berkata hal ini berbeza dengan Kerajaan Persekutuan sekarang.

    “Walaupun perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mengambil masa, sekurang-kurangnya kami sudah mula berbincang. Respon dan hasil dari mesyuarat-mesyuarat adalah positif,” katanya.

    James berkata amat jelas bahawa agenda Dr Mahathir adalah untuk memancing undi untuk Pakatan Harapan pada pilihanraya umum yang akan datang.

    Artikel Berkaitan