Our Local Story

Dipilih Untuk Wakili Negara Di Amerika Syarikat, Lelaki Ini Perlu Bantuan Anda

Dipilih Untuk Wakili Negara Di Amerika Syarikat, Lelaki Ini Perlu Bantuan Anda

Dipilih Untuk Wakili Negara Di Amerika Syarikat, Lelaki Ini Perlu Bantuan Anda

Aloysius Cornelius Susek, rakyat Sarawak yang berasal dari Miri merupakan seorang peguam dan juga penyanyi. Beliau bekerjaya dan menetap di Shah Alam, Selangor. Baru baru ini, beliau telah menyertai pertandingan Malaysia Championship of Performing Arts (Senior Vocal Category) dan kini telah dicalonkan untuk mewakili Malaysia ke 21st World Championship of Performing Arts (“WCOPA”). Namun kerana masalah kewangan, beliau perlukan bantuan dari penaja atau orang awam yang ingin membantu beliau merealisasikan impian beliau dan juga mengharumkan nama negara di Amerika Syarikat.

Beliau memerlukan bantuan sebanyak USD6500 iaitu dalam lingkungan RM25 000 bagi menampung keseluruhan kos beliau di pertandingan tersebut termasuk tiket penerbangan dan tempat tinggal.

 

Dipilih Untuk Wakili Negara Di Amerika Syarikat, Lelaki Ini Perlu Bantuan Anda

twitter @MrAloysiusCS

World Championship of Performing Arts (“WCOPA”) telah diadakan selama lebih daripada 20 tahun dan merupakan official Olympics for Performing Arts. Sebelum ini Malaysia sudah diwakili oleh  Noryn Aziz, Sarah Raisuddin, Nisa Addina, Tuku Kame band, Bob Yusof dan ramai lagi. Mereka juga telah mengharumkan nama negara dengan memenangi medal dan juga menjadi juara untuk kategori yang dipertandingkan.

Untuk mengesahkan kehadiran beliau di World Championship of Performing Arts (“WCOPA”), beliau perlu mengesahkan penyertaan selewat lewatnya pada 15 Mei 2017 dengan membayar kos yang telah ditetapkan. Bantuan anda amat diperlukan dan juga sangat dihargai.

Anda boleh tonton video persembahan beliau di dalam video di bawah :

Bagi anda yang ingin membantu Aloysius Cornelius Susek, ini adalah maklumat akaun beliau, dan anda juga boleh email beliau di aloysiuscornelius@outlook.com :

Bank: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Account Holder’s Name: Aloysius Cornelius Bin Susek

Account No.: 161015956381

Dipilih Untuk Wakili Negara Di Amerika Syarikat, Lelaki Ini Perlu Bantuan Anda

salinan asal emel beliau kepada kami.

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan Aloysius Cornelius Susek, anda boleh ikuti twitter beliau di @MrAloyciusCS , atau anda juga boleh ikuti perkembangan beliau di Facebook : Aloysius Cornelius Susek

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami