fbpx

Digelar ‘Pemburu Kepala’ Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers

SPONSORED

Pasukan Sarawak Ranger, ‘Pasukan Terbaik Di Dunia’ – Sir Gerald Templer

Digelar ‘Pemburu Kepala’ Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers. Pernahkah anda mendengar kisah mengenai Sarawak Rangers?

Pasukan ini merupakan satu pasukan separa tentera yang dibentuk oleh Rajah Kedua Sarawak iaitu Rajah Charles Brooke, pada Oktober 1862.

SPONSORED

Pernah digelar sebagai ‘Pasukan Terbaik Di Dunia’ dan untuk mana-mana pasukan tentera yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat Persekutuan Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya British di Malaya iaitu Sir Gerald Templer, pasukan ini juga digelar sebagai ‘The Sarawak Headhunters’.

Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
Digelar ‘Pemburu Kepala’ Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers

Dianggotai oleh anak tempatan Sarawak

Pasukan separa tentera ini telah dianggotai oleh anak tempatan Sarawak seramai 32 orang pada awal penubuhannya. Kesemuanya berbangsa Iban.

Anggota-anggota pasukan tersebut dipilih hasil daripada pemuafakatan Rajah Charles Brooke dengan tuai-tuai rumah kaum Iban yang menyokong kepimpinan Dinasti Brooke pada waktu itu.

SPONSORED
Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
Generasi pertama Sarawak Rangers ditubuhkan oleh Rajah Charles Brooke.

Bukan sahaja mereka sekadar tangkap muat, malah anggota-anggota tersebut merupakan antara pahlawan kaum Iban yang gagah dan terkenal dengan selok-belok berperang yang mewakili kawasan atau daerah masing-masing.

Hasilnya, satu pasukan padu ditubuhkan. Dengan pahlawan-pahlawan yang bijak dalam taktik berperang dan mendapatkan ilmu daripada mereka yang berpengalaman di arena perang moden yang dibawakan khas daripada Eropah, terbentuklah Sarawak Rangers yang digeruni ramai.

Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers

Digunakan untuk meluaskan empayar jajahan Rajah Charles Brooke

Dengan adanya pasukan Sarawak Rangers untuk membantu dalam peperangan, Rajah Charles Brooke meluaskan empayar jajahan negara Sarawak dan melawan mana-mana mereka yang menentang pemerintahan Dinasti Brooke.

Pada sekitar 1930-an, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk dan Sarawak Rangers pun terjejas. Oleh itu, pasukan ini dibubarkan secara rasmi dan terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Namun begitu, terdapat juga segelintir yang secara sukarela diserap menjadi pasukan Polis Sarawak.

Pasukan ini kembali lagi beraksi dan berbakti kepada negara apabila Sarawak menghadapi Perang Dunia Kedua.

Dibentuk sekali lagi untuk menahan Sarawak

Sebagai persediaan untuk menghadapi Perang Dunia Kedua, Rajah Charles Vyner Brooke membentuk Sarawak Rangers kembali untuk tujuan pertahanan.

Pasukan ini telah terlibat secara langsung dalam mempertahankan Lutong, Miri, dan Kuching sewaktu pencerobohan tentera Jepun menjelang Disember 1941.

Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
Sarawak Rangers kembali beraksi apabila Jepun menjajah Sarawak. Kredit: Wikiwand

Sarawak Rangers pada ketika itu merupakan pertahanan terakhir untuk Sarawak dan pertempuran di Kuching telah memaksa pasukan tersebut untuk berundur kerana kekuatan tentera Jepun pada waktu itu lebih kuat daripada mereka.

Walaupun terpaksa berundur dan memberikan kemenangan kepada tentera Jepun, pasukan Sarawak Rangers tetap bersemangat untuk mempertahankan bumi Sarawak.

Semangat ini mendorongkan mereka untuk bergabung dengan seorang anggota tentera Tentera Komanwel daripada Australia, iaitu Major Tom Harisson, untuk melancarkan serangan gerila digelar ‘Pasukan Z’.

Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
Major Tom Harrison bersama orang-orang Iban. Kredit: Alchetron

Kepakaran daripada Sarawak Rangers turut menyebabkan ramai tentera Jepun dibunuh oleh mereka.

Setelah Jepun menyerah kalah, pasukan Sarawak Rangers dibubarkan sekali lagi dan anggota-anggotanya pulang balik ke kampung halaman masing-masing untuk kembali ke penghidupan normal.

Serangan pengganas komunis menyebabkan pasukan Sarawak Rangers untuk kembali beraksi

Apabila Malaya menghadapi serangan pengganas komunis pada tahun 1948, pahlawan-pahlawan Iban sekali lagi dituntut kepakaran mereka untuk membantu Malaya.

Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
Kredit: Economic History of Malaya

Kali ini, 49 pahlawan Iban yang mahir menjejak dihantar ke Malaya untuk membantu anggota pasukan tentera komanwel menangani pengganas komunis.

Kemahiran mereka diikitiraf dan dipuji oleh sebaya mereka apabila mereka berjaya menjejaki musuh di dalam hutan. Dikatakan kepakaran penjejakan mereka sememangnya tiada tolak bandingannya.

Menurut perjanjian, 49 penjejak Iban hanya bertugas selama 3 bulan di Malaya. Setelah habis tempoh tersebut, mereka boleh pilih untuk meneruskan perkhidmatan mereka.

Daripada bilangan tersebut, 24 berputus untuk meneruskan perkhidmatan manakala 24 orang lagi diserap ke dalam Pasukan Ferret No. 4 yang dianggotai oleh tentera Gurkha dan tentera Force 136.

Menjelang tahun 1952, lebih dari 1,168 penjejak berkhidmat di Malaya sebagai Penjejak Iban Sarawak.

Salah satu keistimewaan pasukan penjejak Iban Sarawak Rangers ialah kepakaran mereka dalam taktik perang gerila.

Selama pasukan mereka wujud pada ketika itu, hanya pada tahun 1951 baru lah kali pertama adanya korban semasa perkhidmatan. Hal ini kerana salah seorang daripada pasukan tersebut terkorban secara tidak sengaja semasa perang.

Mendiang Jaweng anak Jugah, yang asal dari Kapit, ditembak secara tidak sengaja ketika melakukan serang hendap ke atas pengganas komunis.

Pada masa itu, mendiang tersilap sebagai salah seorang pengganas komunis.

Walaupun kisah yang sedih, perkara yang membuat ini menarik ialah beberapa tahun Sarawak Rangers berkhidmat di bumi Malaya, hanya pada tahun 1951 baru ada penjejak Iban yang terkorban dalam perang.

Sarawak Rangers Unit Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi untuk menjaga kebajikan mereka

Walaupun sudah bertahun berkhidmat, pada ketika itu mereka masih belum diiktiraf sebagai anggota tentera sepenuhnya.

Oleh itu, pada 1 Januari 1953, Sarawak Rangers Unit Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi dengan pegawai pemerintahnya yang pertama iaitu Leftenan Kolonel C.J. Baird. Perkara ini dilakukan setelah permuafakatan antara Kerajaan British Borneo Sarawak, pemimpin masyarakat Iban dan Kerajaan Koloni British untuk menjaga kebajikan anggota pasukan tersebut dari segi hak dan status.

Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
Kredit: PGB Warrior

Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1 April 1960, sebuah unit di Sarawak juga ditubuhkan secara rasmi iaitu Sarawak Rangers Unit Sarawak Borneo, dengan pegawai pemerintahnya iaitu Leftenan Tomlow anak Isa, seorang anak tempatan Sarawak dan juga salah seorang penjejak Iban Sarawak Rangers.

Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
Kredit: Borneo Warrior

Pada masa Sarawak masih dijajah oleh Kerajaan British Borneo, ini merupakan satu penghormatan yang besar kepada perjuangan anak Iban di Sarawak.

Kepakaran mereka dalam medan perang telah menyebabkan mereka dituntut di bumi asing seperti Tanah Malaya (sebelum wujudnya Malaysia) dan Brunei.

Terdapat beberapa pahlawan ini terkorban di bumi asing semasa berperang dan disemadikan di bumi asing suatu ketika dahulu. Namun, pada tahun 2011, 21 jenazah penjejak Iban telah dibawa pulang ke tanah air mereka iaitu Sarawak.

Antara penglibatan perang mereka ialah Kempen Mengamankan Sarawak Era Rajah Brooke (1862 – 1942), Perang Gerila Jepun bersama ‘Reconnaissance Service Department’ (RSD) di Sarawak (1942 – 1945), Darurat Malaya (1948 – 1960) dan Sarawak (1952 – 1953), Pemberontakan Brunei (1962) dan Konfrontasi Indonesia Malaya (1962 – 1963).

Dibubarkan secara rasmi pada tahun 1963 susulan penubuhan Askar Renjer Malaysia

Sarawak Rangers dibubarkan secara rasmi pada 16 September 1963 susulan penubuhan Askar Renjer Malaysia (yang kini digelar sebagai Rejimen Renjer Diraja [RRD]).

Digelar 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia, Ini Adalah Sejarah Sarawak Rangers
Kredit: Pressreader

Penubuhan unit baharu ini susulah pengumuman di Parlimen British (House of Commons) oleh Secretary of State for Commonwealth Affairs pada 18 Julai 1963, beberapa hari sebelum Sarawak merdeka secara rasmi apda 22 Julai 1963.

Anggota Sarawak Rangers kemudian diserap menjadi Batalion Pertama Regimen Renjer Malaysia.

Kemudian, Batalion Kedua Regimen Renjer Malaysia terdiri daripada anak-anak tempatan North Borneo (Sabah) dan Batalion Ketiga pula terdiri daripada anak-anak tempatan Tanah Melayu.

Dari Sarawak Rangers lah wujudnya Regimen Renjer Malaysia setelah penubuhan Gagasan Malaysia pada tahun 16 September 1963.

“Dyaks should be used not only for tracking but in their traditional role as head-hunters,” – Sir Gerald Templer

Pada tahun 1948 – 1960, pasukan keselamatan Komanwel dan pasukan keselamatan Malaya bertempur dengan pengganas komunis yang melibatkan beberapa peperangan gerila di hutan Tanah Melayu.

Antara praktis yang diamalkan oleh pasukan-pasukan terbabit ialah untuk memenggal kepala mayat-mayat pengganas untuk dibawa pulang ke HQ.

‘Rahsia terbuka’ ini dilakukan kerana mereka terpaksa mengangkut kembali mayat-mayat musuh dari hutan untuk diletakkan di depan balai polis sebagai tujuan pegecaman dan juga untuk risikan SB.

Namun, untuk membawa mayat-mayat tersebut, ia akan mengambil masa beberapa hari dan of course, makin lama makin buruk lah mayat itu. Dan jika ia semakin buruk, semestinya ia akan membusuk.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, mereka mengamalkan praktik kaum Iban yang memenggal kepala musuh untuk situasi ini. Selain itu, sebilangan pegawai British beranggapan cara ini akan memudahkan transportasi dan pergerakan infrantri Komanwel setelah tamat misi di hutan.

Aktiviti ini lebih dikenali sebagai ‘ngayau’ di kalangan Iban.

Kredit: Culture Trip

Pada awalnya, perkara ini hanya sebuah ‘rahsia terbuka’ – ia hanya diketahui dikalangan anggota keselamatan Malaya dan tidak ditunjukkan pada media.

Namun, taktik ini juga yang ditakuti oleh pengganas komunis.

Rahsia ini akhirnya dibongkar pada 1952 pada warga UK. Akibat sekeping gambar menunjukkan seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar, Colonial Officer pada ketika itu terpaksa menangani kejutan dan kemarahan media British.

Walau bagaimanapun, peranan Sarawak Rangers yang berbangsa Dayak dalam aktiviti ngayau di Malaya disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya iaitu Sir Gerald Templer. Menurut beliau,

“Dyaks should be used not only for tracking but in their traditional role as head hunters.”

(Kaum Dayak bukan sahaja harus digunakan untuk menjejak tetapi juga dalam peranan tradisi mereka sebagai pemenggal kepala)

Colonial Officer juga turut berkata,

“Templer thinks it is essential that the practice of decapitation should continue, although this would only be necessary in very rare cases.”

(Templer berpendapat ia amat penting amalan memenggal kepala ini harus diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan dalam kes-kes terpencil)

Colonial Officer tersebut lalu berkata isu berkenaan sebaiknya ditangguh beberapa bulan untuk memberi kenyataan umum tentang perkara tersebut.

Walaupun menerima kritikan, akhbar The Daily Telegraph UK memberi sokongan dan menerusi komen yang positif.

“The Dayaks would be superb fighters in the Malayan jungle and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use.”

(Kaum Dayak memang akan menjadi pahlawan hebat di dalam hutan Malaya dan ia adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa-apa menentang penggunaan mereka)

Untuk pengetahuan anda, taktik ngayau yang diamalkan di kalangan pasukan tersebut berperanan sebagai psy-ops (perang saraf) dalam memerangi PKM ketika zaman Darurat.

Apabila pengganas PKM mengutip kembali mayat komrad mereka yang dipenggal, ia seolah-olah mengingatkan kembali era penjajahan Jepun, dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dipenggal.

Sebelum itu, adat ngayau diharamkan oleh pemerintah Brooke. Hal ini kerana adat ini dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British oleh gerila-gerila Iban dan bangsa Dayak lain ke atas tentera Jepun.

Boleh bayangkan kegembiraan tentera berbangsa Iban apabila diberi ‘lesen sementara’ dari British untuk mengamalkan adat ini setelah sekian lama adat tradisi ngayau diharamkan oleh keturunan Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun. Faktor inilah antara faktor utama British mengizinkan Sarawak Rangers untuk mengamalkan adat ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu.

Pasukan yang diiktiraf tinggi, malah dipuji oleh Presiden Indonesia pada suatu masa dahulu

Bukan sahaja Pesuruhjaya British di Malaya yang berpandang tinggi kepada pasukan ini, malah Presiden Sukarno, presiden Indonesia pada suatu ketika dahulu pernah memuji pasukan ini dalam satu ucapannya,

“Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Ramai yang tidak bercerai dari badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia.”

Pasukan yang berjasa kepada tanah air mereka, Sarawak Rangers merupakan simbol kemegahan bangsa Sarawak serta jasa mereka untuk bukan sahaja Sarawak tetapi untuk memastikan kemerdekaan dan keamanan bumi Malaya harus diingati juga.

Agi Idup, Agi Ngelaban!

Lebih lagi disini:

SPONSORED
Sumber
Sentiasa Panas
Teruskan Membaca
SPONSORED

Artikel Berkaitan

Back to top button