Ditahan di tempat kerja suspek
Didakwa Rogol Anak Tiri, Pekerja Kilang Dari Kota Samarahan Ditahan Polis. Seorang pekerja kilang berusia 41 tahun didakwa rogol anak tiri sendiri dilaporkan ditahan polis di tempat kerja suspek tersebut.

Anak tiri dedahkan kejadian kepada ahli keluarga
Menurut Ketua Polis Kota Samarahan DSP Sudirman Kram, lelaki itu ditahan di tempat kerjanya di Batu 9 setelah laporan polis dibuat terhadapnya pada hari Selasa lalu.
Gadis yang trauma itu mendedahkan kejadian terbabit kepada ahli keluarganya.
“Mangsa mengadu bahawa rogol itu berlaku sebanyak dua kali di kuarters pekerja di mana suspek tinggal bersama ibunya. Suspek juga dikatakan telah merogol mangsa di dalam sebuah kereta beberapa kali dan kejadian terbaru adalah semasa Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan.
Mak cik kepada mangsa membuat laporan polis setelah pendedahan oleh mangsa.
Mangsa dijaga oleh neneknya di Petra Jaya dan hanya dibawa tinggal bersama ibu dan bapa tirinya sekali.
Difahamkan, itu lah satu-satu masa mangsa tinggal bersama ibu dan bapa tirinya dan saat kejadian itu terjadi.
Direman selama tujuh hari
Beliau menambah Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Padawan (IPD Padawan) membantu penangkapan tersebut.
“Suspek direman selama tujuh hari untuk memudahkan siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.
Sekiranya disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun termasuk sebatan,” katanya.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku rogol
Sekiranya anda mangsa rogol, berikut adalah langkah anda harus buat:
- Jangan membasuh sendiri atau menukar baju. Anda akan memusnahkan bukti penting rogol seperti air mani, darah, air liur, rambut dan sebagainya. Perkara ini penting untuk mengukuhkan bukti perogol telah melakukan perbuatan tersebut kepada anda.
- Walaupun ia sangat sukar untuk mangsa rogol, tetapi ia lebih baik untuk mendapatkan bantuan kawan atau ahli keluarga yang dipercayai. Minta teman untuk pergi ke hospital/balai polis untuk mendapatkan sokongan. Anda boleh juga hubungi perkhidmatan NGO atau kaunseling wanita.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan di Jabatan Kecemasan & Trauma hospital kerajaan dengan segera. Anda akan diperiksa di bilik peribadi iaitu Pusat Krisis Bersepadu (OSCC) untuk doktor mengumpul bukti rogol. Sebelum itu, anda akan diberikan borang yang meminta kelulusan anda untuk peperiksaan perubatan, dan maklumat itu akan digunakan untuk siasatan polis.
- Buat laporan polis dengan segera. Anda boleh juga memfailkan laporan polis di kaunter polis ketika di hospital. Seorang anggota polis akan menemani anda ke hospital selepas laporan anda diserah. Namun, jika anda memfailkan laporan polis 72 jam kemudian, ia akan dianggap sebagai ‘kes dingin’ ayas sebab keterangan tidak lagi ada di sana. Ia amat penting untuk mengambil tindakan segera agar perogol tersebut dihalang untuk mencederakan mangsa berpotensi lain.
- Beritahu seseorang. Anda boleh laporkan kejadian tersebut kepada seseorang yang anda percayai atau menghubungi NGO wanita untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Perkara ini boleh membantu mangsa untuk menangani perasan takut, kerisauan, dan ketidakpastian yang sering dialami oleh mangsa rogol.