fbpx
More

    Cuba Menyeludup Bahagian Ayam Beku Bernilai RM1 Juta, Ejen Kastam Ditangkap

    Cuba mengisytiharkan secara palsu bahagian ayam beku bernilai RM1.03 juta

    Cuba Menyeludup Bahagian Ayam Beku Bernilai RM1 Juta, Ejen Kastam Ditangkap. Menurut laporan, seorang ejen kastam telah ditahan atas kesalahan menyisytiharkan secara palsu bahagian ayam beku yang diimport ke Sarawak tanpa izin.

    Dilaporkan bahawa bahagian ayam beku tersebut bernilai RM1.031 juta.

    Cuba Menyeludup Bahagian Ayam Beku Bernilai RM1 Juta, Ejen Kastam Ditangkap. (Gambar hiasan)

    Cubaan menyeludup 250,500kg bahagian ayam beku di Pelabuhan Bintulu

    Menurut Herman Shah Abdullah, iaitu Pengarah Kastam Sarawak, beliau mengatakan penangkapan tersebut dibuat setelah pasukan penguatkuasaan Kastam dari Kuching menggagalkan cubaa menyeludup bahagian ayam beku seberat 250,500kg di Pelabuhan Bintulu.

    Barang-barang tersebut ditemui semasa ‘Ops Undikar’, di mana bahagian-bahagian ayam beku terbabit disimpan dalam enam kontena 40 kaki.

    Gambar hiasan.

    Ops tersebut dilakukan pada pukul 10.55am pada 11 November dengan kerjasama pusat perisikan Zon 6 jabatan dan cawangan operasi tanah.

    Ditemui adalah 16,700 karton pelbagai bahagian ayam beku dalam bungkusan 15kg yang bernilai RM1.031 juta dan cukai yang belum dibayar bernilai RM412,000.

    Kesemua barang telah dirampas dan dibawa ke Customs Enforcement Store di Bintulu. Ejen kastam tersebut juga ditahan untuk memudahkan siasatan.

    Ejen Kastam terbabit memiliki enam set borang yang menyatakan bahawa keenam-enam kontena itu berisi ikan tenggiri beku, sotong beku dan tuna beku, yang merupakan barang yang tidak dikenakan cukai dan tidak dikenakan sekatan import, kata Herman Shah Abdullah.

    “Ini dilakukan untuk menipu pegawai Kastam, tetapi digagalkan semasa operasi. Barang seperti sayap ayam beku, ekor ayam beku dan kaki ayam beku dikenakan Perintah Kastam (Larangan Import) 2017. Pengimport tersebut disyaki cuba mengelak keperluan untuk memohon permit import, dan mengelak membayar duti import yang merupakan 40% dari jumlah nilai barang terbabit,” katanya lagi.

    Pengimport mesti mempunyai permit untuk dibenarkan mengimport barang ke negara ini.

    Beliau menjelaskan lagi bahawa import komoditi ayam tertakluk kepada Detail 1 (1) Jadual Ketiga, Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Import) 2017 di mana pengimport dikehendaki mempunyai permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

    Dalam kes ini, katanya pengimport tersebut tidak mempunyai izin yang sah, dan barang tersebut juga tidak disertakan dengan sijil halal yang dikeluarkan oleh Lembaga Pensijilan Halal yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    Akan disiasat di bawah Seksyen 133 (1) (a) Akta Kastam 1967 untuk pernyataan palsu

    Menurut laporan lagi, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 133 (1) (a) Akta Kastam 1967 untuk pernyataan palsu.

    Jika disabit salah, dituduh akan menghadapi denda maksimum RM500,000 atau tidak lebih daripada 20 kali ganda jumlah duti yang belum dibayar (jumlah mana yang lebih besar) atau hukuman penjara maksimum 7 tahun, atau kedua-duanya.

    “Kami meminta masyarakat untuk membantu Kastam untuk memerangi penyeludupan terutama yang melibatkan rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan. Kami juga menasihati mereka untuk tidak terlibat dalam aktiviti tersebut. Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan pendapatan, bahkan ia juga mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya lagi.

    Lebih lagi di sini:

    Artikel Berkaitan