in

Cermin Kereta Rosak Kerana Salah Faham, Pemandu Grab Kuching Ini Ceritakan Pengalaman Beliau

Disangka sebagai teman lelaki penumpang beliau.

Cermin Kereta Rosak Kerana Salah Faham, Pemandu Grab Kuching Ini Ceritakan Pengalaman Beliau

Cermin Kereta Rosak Kerana Salah Faham, Pemandu Grab Kuching Ini Ceritakan Pengalaman Beliau

Kewujudan platform ehailing seperti Grab dan Uber boleh membantu kita untuk mencari pendapatan sampingan. Kini terdapat ramai juga individu yang menjadikan kerjaya memandu dengan platform platform ehailing isi sebagai kerjaya sepenuh masa, kerana flexibiliti masa yang boleh diperolehi.

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Namun begitu kerjaya sebagai pemandu grab atau uber ini tidaklah semudah yang kita selalu jangka kerana terdapat banyak cabaran. Baru baru ini seorang pemandu Grab di Kuching, Firdaus Masuut menceritakan pengalaman beliau yang hampir hampir dibelasah kerana salah faham.

Menurut coretan beliau di Facebook :

” Kes pagi tadik dlm pkul 3.40 pagi gia time online grab. Mula2 ambik dari Eg Mall, King Centre anta ke Taman Arbi, Tabuan. Rider prempuan nama Farhana. Otw ke sia semua macam biasa, dah sampe tmpt drop nak drop rider, sekumpulan lelaki dalam 5-6 org ngerumun kreta, salah sorg dari sidak ya abg / adik rider ya. Bertengkar kejap sebab ada salah faham mike aku tok gerek adik nya, tp lekak di explain bok sidak ok n paham n mtk maaf. Tp ada duak org di antara sidak ya mabok, coba nak mtk duit tp aku sik melayan n terus kelua dri area ya, otw nak kelua, nak duak org tadik sik puas ati n sidak nahan kreta dri dpn n coba nak bukak pintu nasib bait lock. Sorg mbk spanar n sorg mbk btg besi, time sidak coba bukak pintu yalah nya mecah cermin keta. Lekak ya aku pun berlalu pg ~  😌 😔 ☹️ anco keta oleh nya. Report polis dh polah. Kpd grab/uber driver yg online midnight hati2 ktkorg. Tgga juak tmpt pickup / drop off. #grabkuching #pilotsamarahan “

Cermin Kereta Dirosakkan Kerana Salah Faham, Pemandu Grab Di Kuching Ini Ceritakan Pengalaman Beliau
Sumber : Firdaus Masuut

Antara risiko yang boleh dihadapi oleh pemandu ehailing adalah seperti kes Firdaus Masuut ini. Selain itu, kes kes seperti pelanggan muntah akibat mabuk dan pelanggan yang lari tanpa membayar tambang juga boleh berlaku terhadap mereka.

Jika anda merupakan salah seorang pemandu atau ingin menjadi pemandu ehailing, pastikan anda peka dengan perkara perkara yang boleh terjadi seperti insiden ini dan berhati hati semasa mengambil dan juga menghantar penumpang.

 

 

Facebook Comments
Gabungan Pemandu Teksi Mogok Di Kuching, Tiada Teksi Di Lapangan Terbang

Gabungan Pemandu Teksi Mogok Di Kuching, Tiada Teksi Di Lapangan Terbang

Amaran Hujan Lebat, Kuching Dijangka Menghadapi Risiko Untuk Banjir

Amaran Hujan Lebat, Kuching Dijangka Menghadapi Risiko Untuk Banjir