Catat 38 Kes, Status Wabak Denggi Di Jalan Ajibah Abol Kini Tidak Terkawal
Wabak Denggi yang melanda kawasan sekitar Jalan Ajibah Abol, Kuching kini mencatatkan sebanyak 38 Kes dan sejak beberapa hari yang lepas, status wabak tersebut telah ditukar menjadi status tidak terkawal.
Secara keseluruhannya, 3 kawasan di Kuching dilanda wabak denggi iaitu Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung Sibakar Padawan dan Lorong Liu Shan Bang 6, Kota Sentosa. Jumlah kes dicatatkan melebihi 50 kes dan paling teruk adalah di Jalan Datuk Ajibah Abol dimana terdapat 38 kes dicatatkan. Sekiranya anda pernah berada di kawasan tersebut, atau berasal dari tempat tersebut dan demam anda diminta untuk datang ke klinik dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan.

Anda juga boleh membantu untuk mencegah denggi dengan melakukan langkah langkah seperti yang tertera di poster di atas.