Our Local Story

Cara Untuk Mencegah Rabies Dan Tindakan Susulan Yang Anda Perlu Tahu

Cara Untuk Mencegah Rabies Dan Tindakan Susulan Yang Anda Perlu Tahu

Cara Untuk Mencegah Rabies Dan Tindakan Susulan Yang Anda Perlu Tahu

Setakat semalam ( 11 Disember 2018 ), Rabies di Sarawak telah mengorbankan sebanyak 15 nyawa dengan kes terbaru menurut kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang lelaki berusia 64 tahun telah meninggal dunia. 

Dipetik dari kenyataan akhbar tersebut : 

” Kadar kematian akibat jangkitan rabies adalah amat tinggi. Dalam wabak rabies di Sarawakkadar kematiannya adalah 93.8%dan peluang untuk sembuh sihat adalah amat tipis sekiranya tidak mencuci luka gigitan dengan baik dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Justeru, KKM mengingatkan orang awam agar segera mencuci bahagian tubuh yang digigit anjing atau haiwan liar dengan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur. Selepas itu, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat ” 

Bagi anda yang masih keliru bagaimana untuk mencegah rabies dan tindakan susulan yang perlu diambil, kami sediakan info rajah yang anda boleh sebarkan kepada keluarga dan rakan rakan anda agar kita semua berwaspada dengan wabak yang kini telah mengakibatkan 56 kawasan di Sarawak tersenarai sebagai kawasan jangkitan rabies

10 Perkara Yang Anda Perlu Ingat Dalam Mencegah Rabies

Cara Untuk Mencegah Rabies Dan Tindakan Susulan Yang Anda Perlu Tahu

Jika anda merupakan pemilik anjing, jangan lupa untuk mengambil lesen haiwan perliharaan di pejabat kerajaan tempatan atau majlis daerah anda. Difahamkan di Sarawak kini lesen tersebut ditawarkan secara percuma.

Cara Untuk Mencegah Rabies Dan Tindakan Susulan Yang Anda Perlu Tahu

Fahami emosi anjing perliharaan anda. Rujuk gambar rajah di bawah : 

Cara Untuk Mencegah Rabies Dan Tindakan Susulan Yang Anda Perlu Tahu

Dengan rabies yang kini berada di 56 kawasan dan 11 bahagian di Sarawak, ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Untuk mengelakkan Rabies dari terus merebak, kita harus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mengambil tindakan yang sepatutnya.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan rabies, anda boleh menghubungi no di bawah ( eh whatsapp pun boleh kinek ) :

Sarawak Disaster Information : 0162051111

Boleh juak terus ke Facebook Page sidak di sitok : Sarawak Disaster Information

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami