Our Local Story

Cara Untuk Menyenaraikan Perniagaan Anda di dalam Google Maps

GMB

Cara Untuk Menyenaraikan Perniagaan Anda di dalam Google Maps di Kuching

Google merupakan laman carian yang paling terkenal di dunia, di mana majoriti pengguna internet menggunakan google sebagai laman carian mereka. Dalam artikel ini, disediakan cara – cara untuk menggunakan Google tools secara percuma untuk perniagaan fizikal anda ( cafe, butik, stall burger etc ).

google lah

Cara Menggunakan Google My Business untuk perniagaan anda :

Google My Business merupakan tools percuma untuk anda menyenaraikan perniagaan anda dan anda boleh mendapatkan status verified business di dalam enjin carian google.

Kelebihan Google My Business :

  1. Lokasi perniagaan anda akan disenaraikan di muka surat pertama enjin carian google ( sekiranya ada orang menggunakan kata kekunci perniagaan anda ).
  2. Perniagaan anda akan lebih mudah untuk dicari oleh pelanggan baru, anda juga boleh meletakkan masa operasi, nombor untuk dihubungi dan sebagainya
  3. Anda boleh berkongsi gambar gambar menarik supaya bakal pelanggan anda boleh menilai terlebih dahu ( first impression tu penting woi  )  
  4.  Pelanggan anda juga boleh meletakkan review mereka untuk dinilai orang lain

Contoh Penggunaan Google My Business GMB

Dari laman carian google, pelanggan boleh menekan butang direction yang kemudiannya dihubungkan terus pada aplikasi waze atau google maps.

Step by Step untuk mendapatkan Google My Business untuk perniagaan anda :

  1. Pergi ke laman rasmi Google My Business : Tekan Sini

GMB

2. Kemudian, isi maklumat seperti yang tertera di atas. Pastikan alamat anda tepat dan jelas. Sekiranya google tidak dapat mengesan lokasi anda, anda boleh drag marker ke lokasi anda.

GMB

3. Sahkan perniagaan anda dan tekan butang continue 

GMB

4. Untuk mengesahkan perniagaan anda, Google akan menghantar satu keping poskad yang mengandungi 6 digit PIN. Pastikan alamat anda adalah tepat untuk mengelakkan masalah poskad tidak tiba di lokasi perniagaan anda.

GMB

5. Voila! Settle dah. Anda akan mendapat akses pada dashboard GMB di mana anda boleh update maklumat maklumat yang berkaitan dengan perniagaan anda. Sekiranya anda sudah menerima poskad yang dikirim dari google, jangan lupa sahkan pin tersebut dan anda akan melihat maklumat perniagaan anda terpampang di muka surat pertama enjin carian google!

 

Sekiranya anda ingin mengaktifkan akaun Google My Business anda tanpa perlu menunggu 2 minggu untuk poskad itu sampai, anda boleh isi borang seperti berikut : Sahkan Akaun Google My Business , kami merupakan salah satu daripada 2 trusted verifier untuk Google di Bandaraya Kuching

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami