in

Berminat Untuk Memiliki Rumah PR1MA? Hadir ke Vivacity Megamall Bermula Jumaat Ini

Berminat Untuk Memiliki Rumah PR1MA? Hadir ke Vivacity Megamall Bermula Jumaat Ini

Berminat Untuk Memiliki Rumah PR1MA? Hadir ke Vivacity Megamall Bermula Jumaat Ini

Tahukah anda terdapat 4 projek perumahan mampu milik PR1MA untuk warga Kuching ? 4 projek ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyediakan rumah mampu milik bagi warganegara Malaysia.

Jika anda ingin memiliki rumah PR1MA, anda boleh hadir ke Vivacity Megamall bermula pada hari Jumaat ini, 12 Januari 2018 sehingga hari Ahad, 14 Januari 2018 bermula dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Berminat Untuk Memiliki Rumah PR1MA? Hadir ke Vivacity Megamall Bermula Jumaat Ini

Bagi projek PR1MA @ Bintawa Riverfront, terdapat 1320 buah unit apartment disediakan dengan keluasan keseluruhan 26.5 ekar. Cadangan saiz unit yang ditawarkan pula adalah seperti berikut :

• Jenis A (Tengah): 948 kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
• Jenis B1 (Tengah): 1038 kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
• Jenis B2 (Hujung): 1038 kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)
• Jenis C (Hujung): 1158 kps (3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air)

Dengan lokasi dan akses jalan raya yang berdekatan dengan Bandaraya Kuching, Projek Perumahan PR1MA @ Bintawa Riverfront ini sesuai bagi anda yang mencari rumah mampu milik yang juga berdekatan dengan bandaraya Kuching.

Sekiranya anda berminat untuk memohon, anda boleh bawa dokumen dokumen seperti gambar rajah di bawah :

Berminat Untuk Memiliki Rumah PR1MA? Hadir ke Vivacity Megamall Bermula Jumaat Ini

Jika anda seorang usahawan atau bekerja sendiri, anda juga layak untuk memohon perumahan PR1MA.

Berminat Untuk Memiliki Rumah PR1MA? Hadir ke Vivacity Megamall Bermula Jumaat Ini
Menurut maklumat yang kami perolehi daripada laman sesawang PR1MA untuk projek PR1MA @ Bintawa Riverfront. Ianya juga memiliki kemudahan seperti :

  • Tadika
  • Dewan Pelbagai Guna
  • Surau
  • Pusat Jagaan Kanak Kanak (Nursery)
  • Pejabat Pentadbiran.

Anda boleh muat turun maklumat penuh di pautan ini : PR1MA @ Bintawa Riverfront


Jadi jika anda ingin memiliki salah satu unit rumah PR1MA ini, pastikan anda hadir ke Vivacity Megamall Kuching bermula dari hari Jumaat ini. Jumpa anda di sana!

*Tertakluk pada terma & syarat.

 

Leave a Reply

Loading…

Amaran Hujan Lebat, Kuching Dijangka Menghadapi Risiko Untuk Banjir

Amaran Hujan Lebat, Kuching Dijangka Menghadapi Risiko Untuk Banjir

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau