in

Bas Hidrogen Percuma Untuk Pelancong Di Kuching Bermula 2019

Bas Hidrogen Percuma Untuk Pelancong Di Kuching Bermula 2019

Bas Hidrogen Percuma Untuk Pelancong Di Kuching Bermula 2019

Pelancong yang melawat Sarawak pada masa akan datang dapat menaiki bas pelancong percuma di sekitar bandar seawal tahun depan,

Perkara tersebut diumumkan oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika merasmikan International Heritage and Cultural Conservation Conference 2018 (InHerit) di sebuah hotel di bandaraya Kuching, menurut laporan dari Borneo Post

Beliau berkata bahawa beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai perkara tersebut. Inisiatif ini akan dimulakan dengan segbuah bas hidrogen sebagai permulaan.

Beliau juga berkata ” Kuching adalah sebuah Bandaraya yang kecil, dan terdapat banyak bas pelancong tetapi bas bas tersebut selalu kosong ”

Apabila ditanya sama ada orang awam boleh boleh menaiki bas tersebut, beliau juga berkata bahawa mekanisma untuk bas tersebut belum lagi ditetapkan.

Untuk pelancong pula, ianya terbuka bagi pelancong domestik dan juga antarabangsa walaupun mereka hanya dari Sibu.

Sebelum ini, Sarawak Bus Transport Companies Association (SBTCA) dikatakan akan menyediakan perkhidmatan Stage Bus Service Transformation (SBST) namun masih belum ada khabar berita mengenai status projek tersebut.

Sebagai warga Kuching, adakah anda bangga untuk menjadi warga bandar yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan bas hidrogen? Kongsikan komen ada di bawah.

Facebook Comments
Ingatkan Tangki Minyak Bocor, Rupanya Dicuri Ketika Tidur Malam Hari

Ingatkan Tangki Minyak Bocor, Rupanya Dicuri Ketika Tidur Malam Hari

GEMPAR Letupan Di CityOne Megamall Kuching

GEMPAR Letupan Di CityOne Megamall Kuching