fbpx
More

    Baru Dipasang Setahun, Menara Telekomunikasi Di Bengoh Settlement Ini Dirosakkan Sebanyak 9 Kali

    Ini adalah kes kesembilan yang berlaku di kawasan tersebut, sejak setahun lalu

    Baru Dipasang Setahun, Menara Telekomunikasi Di Bengoh Settlement Ini Dirosakkan Sebanyak 9 Kali. 9 kali dirosakkan dan dicuri sebahagian daripada peralatanya, itulah yang terjadi pada menara telekomunikasi yang terletak di Bengoh Resettlement Scheme dan juga Dahan Estate.

    Baru Dipasang Setahun, Menara Telekomunikasi Di Bengoh Settlement Ini Dirosakkan Sebanyak 9 Kali
    Baru Dipasang Setahun, Menara Telekomunikasi Di Bengoh Settlement Ini Dirosakkan Sebanyak 9 Kali

    Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, YB Willie Mongin menerusi sebuah muatnaik yang dilakukan di laman facebook beliau semalam.

    “Saya dimaklumkan oleh Pengarah SKMM Sarawak Adiman Ajem baru-baru ini mengenai berlakunya kes kecurian dan vandalisme di menara Telekom kawasan BRS dan Dahan Estate.

    “Menara tersebut baru sahaja dalam proses baik pulih dalam tempoh sembilan hari ini,” – Willie Mongin

    Bukan perkara yang asing bagi menara telekomunikasi

    Menurut Willie Mongin juga, kes vandalisma dan juga kecurian merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi menara telekomunikasi.

    Lebih menyedihkan lagi, bukan setakat kali kesembilan perkara itu terjadi bahkan kecurian tersebut juga terjadi hanya selepas 9 hari menara tersebut dibaikpulih daripada kejadian sebelumnya.

    Untuk insiden kecurian kali ini, kerosakan terjadi pada bahagian pintu besi, belting dan pump juga telah dipotong. Manakala bahagian yang dicuri pula adalah starter, enjin genset dan juga radiator.

    Perkara ini semestinya sesuatu yang sangat dikesali kerana ianya menganggu penduduk sekitar yang memerlukan perkhidmatan telefon bagi berhubung.

    Apatah lagi dalam era ekonomi digital ini dimana dunia globalisasi tanpa sempadan memerlukan bukan sahaja telefon bahkan capaian internet bagi menghubungkan komuniti dengan dunia.

    Sebelum ini, Kerajaan Sarawak bercadang untuk menubuhkan syarikat ISP sendiri. Baca lebih lanjut :

    Artikel Berkaitan