Our Local Story

Baru Dibuka Kepada Orang Awam, Pantai Telok Melano Kini Menjadi Pantai Telok Sampah

Baru Dibuka Kepada Orang Awam, Pantai Telok Melano Kini Menjadi Pantai Telok Sampah

Baru Dibuka Kepada Orang Awam, Pantai Telok Melano Kini Menjadi Pantai Telok Sampah

Jalan ke Pantai Telok Melano yang menjadi titik permulaan Lebuhraya Pan Borneo telah dibuka kepada orang awam pada 26 Januari 2019 yang lepas. Perasmian jalan tersebut ternyata menjadi satu detik bersejarah di mana Teluk Melano yang merupakan tip of borneo kini boleh diakses menggunakan jalan darat.

Telok Melano yang terletak dalam lingkungan 30km dari Pekan Sematan merupakan kawasan paling hujung di selatan Sarawak yang dihuni oleh penduduk. Sebelum siapnya Jalan Raya Pan Borneo, Telok Melano hanya boleh diakses melalui bot.

[adace_shop_the_post ids=”9002″ id=”1549642960299″]


Namun begitu, amat menyedikan apabila baru seminggu jalan tersebut dibuka kepada orang awam, pantai telok melano kini dipenuhi oleh sampah sarap yang ditinggalkan oleh sesetengah pengunjung yang tidak bermoral.

https://twitter.com/twt_kuching/status/1093042863753949184

Walaupun penduduk tanjung datu telah meletakkan papan tanda agar pengunjung tidak membuang sampah merata rata, ramai pengunjung yang tidak mengendahkan peringatan tersebut.

https://twitter.com/twt_kuching/status/1093043249416040449

Jika anda ingin berkelah pula, anda terpaksa membersihkan sampah sarap orang lain kerana sepanjang pantai tersebut kini dipenuhi oleh tinggalan sampah sarap.

https://twitter.com/twt_kuching/status/1093107527267414016

Sungguh kecewa lagi apabila anda melihat geligat orang awam yang lansung tidak kisah dengan sampah sarap. Lebih sedih lagi, sibuk bergambar walau di sekeliling kaki mereka penuh dengan sampah sarap.

Ramai juga netizen meluahkan kekecewaan mereka dan tidak terlepas juga yang menyalahkan ketiadaan tong sampah, sedangkan tong sampah utama disediakan. Sukarkah mempunyai kesedaran untuk membawa sampah sendiri ke tong sampah utama?

Jika anda berkunjung ke Pantai Telok Melano, pastikan anda bawa plastik sampah besar sendiri dan kumpul sampah anda sebelum meninggalkan kawasan perkelahan anda.

Follow instagram kami di sini :

View this post on Instagram

Coming soon. #kuchingcityisawesome

A post shared by ilovekch.com (@ilovekchmy) on

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami