in

Bantu Netizen Ini Cari Datuk Kandung Yang Sudah 30 Tahun Berpisah

Bantu Netizen Ini Cari Datuk Kandung Yang Sudah 30 Tahun Berpisah

Bantu Netizen Ini Cari Datuk Kandung Yang Sudah 30 Tahun Berpisah

Setelah 30 tahun berpisah, ahli keluarga kepada Muhammad bin Manaf sedang berusaha mencari beliau.

Muhammad bin Manaf, atau nama samarannya Ah Kaw, berasal dari Kampung Dato di Sibu. Umur beliau dianggarkan dalam lingkungan 80 tahun.

Lokasi terakhir yang diketahui ialah di Batu 7, Kuching. Beliau dipercayai memiliki sebuah syarikat lori kargo di atas namanya sendiri iaitu Muhammad Bin Manaf.

Beliau telah berpisah lebih 30 tahun dahulu di Sibu daripada dua anak kandung beliau, Musa @ Gapor dan Sadon kerana beliau berhijrah ke Kuching.

Anak-anak beliau ingin menjejaki beliau untuk dibawa pulang ke Sibu sekiranya berkesempatan.

Selama ini sudah ada usaha untuk mencarinya di alamat terakhir beliau iaitu di Tabuan Foochow tetapi beliau telah pindah.

Jika sesiapa mempunyai maklumat tentang Muhammad Bin Manaf @ Ah Kaw, sila hubungi 010-9823626 (Nur Hazwani Sadon).

Lagi banyak berita dan cerita mengenai Kuching dan sekitar bandaraya di sini: Our Local Story