Our Local Story

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Semenjak bulan September tahun lepas, servis ride hailing no 1 dunia iaitu UBER telah memulakan operasi di Kuching. Terdapat pelbagai isu pada mulanya di mana persatuan teksi tidak berpuas hati dan begitu juga dengan agensi kerajaan yang mengatakan UBER perlu memohon lesen untuk beroperasi. Kini, UBER merupakan elemen penting di dalam hidup sesetengah warga Kuching yang tidak memiliki kenderaan, pelajar di universiti dan juga pelancong yang datang ke Kuching.

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Bulan Mac yang lepas pula, GRAB iaitu pesaing terdekat UBER di Asia Tenggara melancarkan servis mereka di Kuching. Ini adalah satu perkara yang baik kerana dengan adanya 2 pesaing, maka pengguna dan pemandu mendapat lebih banyak kelebihan.

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Dalam artikel ini saya kongsikan Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

  1. Murah

Tambang UBER dan GRAB adalah sangat mampu milik. Untuk UBER, tambang adalah seperti di bawah :

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Kos dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Bandaraya Kuching ( Waterfront dan sekitar ) kebiasaannya tidak melebihi RM15 untuk sehala.

Tambang untuk Grab pula adalah seperti di bawah :

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Tidak banyak beza di antara tambang Grab dan Uber, bagi saya yang membezakan antara kedua dua ini adalah promosi yang sedang dijalankan.

2. Mudah Diakses Dari Smartphone

Kedua dua servis ini mempunyai aplikasi telefon yang mudah diakses melalui peranti Android atau IOS. Untuk pembayaran juga teramat mudah di mana kita boleh link kan kad debit dan setiap ride kita ambil adalah cashless. Tidak perlu untuk deal dengan wang tunai dan mengambil masa untuk menunggu wang tukaran dari pemandu.

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

3. Memudahkan Saya Untuk Ke Tempat Yang Sukar Untuk Cari Parking

Sekiranya saya ingin pergi ke Hospital Umum Sarawak atau Waterfront, saya lebih gemar untuk menggunakan Uber atau Grab. Saya tidak perlu membuang masa dan juga petrol untuk berpusing pusing dan mencari tempat parking. Dengan harga yang berpatutan, bagi saya lebih berbaloi untuk saya gunakan servis servis ini untuk ke tempat yang padat.

Bagaimana Servis UBER Dan GRAB Memudahkan Hidup Saya Di Kuching

Gambar rajah di atas adalah perbandingan Grab, Uber dan juga teksi.

Jika anda ingin mengetahui promo code terbaru Uber, anda boleh ke pautan ini :

Promo Code Terbaru Uber Di Kuching

Untuk grab pula, anda boleh dapatkan di pautan ini :

Promo Code Terbaru Grab Di Kuching

Sudahkah anda mencuba servis uber dan grab? Sila kongsikan pengalaman anda di bawah.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami