in

Bagaimana Rakyat Sarawak Boleh Manfaatkan Ekonomi Digital

Bagaimana Rakyat Sarawak Boleh Manfaatkan Ekonomi Digital

Bagaimana Rakyat Sarawak Boleh Manfaatkan Ekonomi Digital

Ekonomi Digital sedang hangat diperkatakan kini, di mana melalui tinjauan kami masih ramai yang tidak faham apa itu ekonomi digital. Di bandar – bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, capaian internet bukanlah satu masalah terutamanya UNIFI dengan kelajuan 30mbps ke atas sudah hampir menyeluruh di kawasan kawasan utama yang mempunyai kepadatan penduduk.

Bagi anda yang ingin mengetahui cara untuk memanfaatkan ekonomi digital, dalam artikel ini kami sertakan bagaimana rakyat sarawak boleh memanfaatkan ekonomi digital dalam meningkatkan pendapatan peribadi dan juga perniagaan.

  1. Digital Perniagaan Melalui Google My Business ( Step Paling Basic )

Bagi anda yang memiliki perniagaan fizikal (kedai runcit, restoran dan sebagainya) anda harus memanfaatkan fungsi percuma yang ditawarkan oleh Google ini. Anda boleh baca artikel lama kami di sini :

Cara Untuk Menyenaraikan Perniagaan Anda di dalam Google Maps di Kuching 

bagi anda yang memiliki perniagaan F&B anda boleh juga baca artikel kami :

Get Featured Di Dalam ilovekch.com Secara Percuma

2. Tawarkan Servis Anda di Fiverr / Upworks / Freelancer.com

Ketiga-tiga laman sesawang ini merupakan platform untuk anda menawarkan servis dan skill anda secara atas talian. Dalam artikel lama kami di sini :

Kuching Kini Jadi Pilihan Golongan Digital Nomad Dari Luar Negara

Kebanyakan Digital Nomad yang travel sambil bekerja adalah mereka yang menawarkan servis mereka secara atas talian. Mereka hanya perlukan internet untuk berhubung dengan pelanggan atau majikan mereka. Kebanyakan perniagaan di negara maju kini berteraskan digital dan ianya boleh dipantau dengan efisien. Tiada lagi kes mengular dan sebagainya kerana ianya dinilai melalui ‘performance’.

3. Manfaatkan platform jualan seperti Ebay, Shopify, Lazada etc

Platform jualan seperti di atas sudah wujud lama dan mereka telah membelanjakan banyak wang untuk membina platform platform tersebut. Tidak perlu bagi kita membina platform baru dan cuba melawan mereka melainkan kita mempunyai niche tertentu untuk perniagaan kita.

Anda boleh menjual produk produk Made In Sarawak anda di platform platform tersebut dan cuba menyesuaikan diri untuk menceburi bidang eksport secara tidak langsung sebelum anda menerjah masuk dengan volume yang lebih besar.

4. Manfaatkan media sosial untuk perniagaan anda

Digital presence adalah sangat penting untuk perniagaan dan juga membina profile kebolehan anda. Pastikan anda memiliki digital presence yang disusun dengan baik jika anda ingin memanfaatkan media sosial. Contohnya, setiap perniagaan harus memiliki laman facebook page ( bukan profile peribadi ) untuk dijadikan brand. Anda juga boleh gunakan konsep yang sama untuk membina kehadiran perniagaan di Instagram, Twitter dan sebagainya.

5. Bina laman e-commerce untuk perniagaan anda

Bagi anda yang menghasilkan produk fizikal, anda boleh bina laman e commerce asas ( one page ) yang disambung kepada shopping cart system ( kacang jak polah tok ). Zaman bergantung sepenuhnya kepada agen sudah berakhir dan anda boleh susun atur distribution channel anda terus kepada end user tanpa orang tengah. Lantas menurunkan harga dan menjadikan lebih senang pada pelanggan anda untuk membeli produk anda.

6. Digital Marketing Untuk Promosikan Produk Anda Secara Atas Talian.

Facebook ads dan Google ads adalah 2 tools asas yang anda boleh gunakan untuk mula memperkenalkan perniagaan anda secara atas talian. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, jangan terpengaruh dengan orang orang tertentu yang menawarkan anda untuk beriklan di facebook mereka kerana anda boleh lakukan sendiri dengan menggunakan Facebook Ads Manager atau Power Editor.

Melalui laporan daripada FORBES :

“Facebook’s declining organic reach goes by many names: some of the most ubiquitous being the Filtered Feed problem, Facebook Zero and my personal favorite, Reachpocalypse. Fancy names aside, the problem remains the same – page owners are frustrated by their inability to get their organic posts in front of their fans.

We often reference Edgerank Checker’s 2014 research when discussing the decrease in organic post reach. Their research showed a significant drop in organic reach between February 2012 (16%) and March 2014 (6.51%). According to more recent research by Social@Ogilvy, this number has dropped to just 2% for pages with more than 500,000 likes”

Anda boleh baca lebih lanjut di sini :

Why Your Organic Facebook Reach Is Still Falling — And What To Do About It

Google ads dan Facebook ads adalah 2 tools yang sangat mudah untuk digunakan dan anda boleh track secara langsung keberkesanan iklan anda.

Terdapat banyak lagi cara yang kami akan rungkaikan pada masa hadapan, artikel ini hanyalah step pertama daripada kami untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Sekiranya rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk share kepada rakan rakan anda dan cuba untuk explore 6 pilihan di atas.