fbpx
Our Local Story

AVA AirAsia Kini Boleh Dihubungi Melalui Whatsapp

Makin mudah lah nak sembang dengan AVA lepas ini.

AVA AirAsia Kini Boleh Dihubungi Melalui Whatsapp. Kalau ada masalah berkaitan penerbangan AirAsia anda, perkara pertama yang anda kena hadap sudah tentu ‘bersembang’ bersama AVA, kan?

Tahukah anda bahawa pembantu virtual Allstar AirAsia, AVA, kini boleh anda hubungi melalui Whatsapp sahaja!

Selepas Facebook, AVA kini guna Whatsapp pula

Sebelum ini, AVA hanya boleh dihubungi melalui Facebook, aplikasi AirAsia serta laman sesawang. Namun kini, pihak AirAsia telah mengorak satu langkah ke hadapan dengan menawarkan khidmat AVA melalui aplikasi Whatsapp pula.

AVA AirAsia Kini Boleh Dihubungi Melalui Whatsapp
AVA AirAsia Kini Boleh Dihubungi Melalui Whatsapp
Sumber foto : SoyaCincau.com

Dengan adanya khidmat AVA melalui Whatsapp, permasalahan berkaitan penerbangan akan lebih mudah memandangan platform Whatsapp mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia.

Selesaikan 80% masalah penumpang setakat ini

Sehingga kini, AVA telah berjaya menyelesaikan 80% masalah penumpang manakala selebihnya telah dikendalikan oleh Ejen Sembang Langsung bagi mendapatkan bantuan secara terus.

Untuk ‘bersembang’ dengan AVA melalui Whatsapp, anda boleh menghubungi talian +60 11-3516 5078 dan hantar pesanan ‘Hi’ untuk memulakan sesi khidmat bantuan.

Boleh menjawab dalam 11 bahasa!

AVA merupakan bot sembang virtual AirAsia yang boleh menjawab pertanyaan daripada pelanggan dengan serta merta dalam 11 bahasa iaitu; Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Thai, Bahasa Indonesia, Vietnam, Korea, Tagalog, Hindi, Jepun, Cina (ringkas dan tradisional).

Selain itu, anda juga boleh melayari laman sesawang support.airasia sebagai alternatif.

Bagaimanakah pengalaman anda bersembang dengan AVA? Adakah ia benar-benar membantu? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Jangan lupa untuk baca juga artikel lain yang berkaitan :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close