fbpx
Our Local Story

Anwar Ibrahim Bebas Hari Ini

Anwar Ibrahim Bebas
59 Shares

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras pada pukul 11.30 pagi tadi dan kemudiannya ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Pemimpin reformasi itu dijangka dibebaskan petang ini selepas Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini selesai bersidang.

Anwar dijadualkan pulang ke rumahnya di Segambut dan akan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang.

Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar akan bertemu dengan orang awam pada malam ini di Amcorp Mall.

“Anwar akan mengadakan solat terawih di rumahnya dan mengadakan rapat umum di Padang Timur Amcorp Mall jam 10 malam ini,” katanya kepada media di hospital.

59 Shares
Related posts
Our Local Story

Catat 38 Kes, Status Wabak Denggi Di Jalan Ajibah Abol Kini Tidak Terkawal

Our Local Story

Sukakan Doraemon?The First Doraemon Event In Kuching Menanti Anda

Our Local Story

Diskaun Sehingga 50% Saman Trafik Di Kubah Ria, 29 Mei 2019 ini

Our Local Story

Sarawak Lancarkan Loji Dan Stesen Hidrogen Pertama Di Asia Tenggara

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami