Our Local Story

Anda selalu ke Kampung Nombor? Ini Sejarah Nama Kampung Tersebut Yang Anda Perlu Tahu

Anda selalu ke Kampung Nombor? Ini Sejarah Nama Kampung Tersebut Yang Anda Perlu Tahu

Anda selalu ke Kampung Nombor? Ini Sejarah Nama Kampung Tersebut Yang Anda Perlu Tahu

Kampung Nombor bukanlah satu kampung yang asing bag warga Bandaraya Kuching. Terletak berhampiran dengan Satok dan Masjid Bahagian, Kampung Nombor mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Kampung Nombor juga merupakan kawasan yang terletak di dalam DUN Satok, iaitu kawasan yang diwakili oleh Ketua Menteri Sarawak yang keenam, CM Abang Jo. Sebelum kampung kampung ini diberikan nama sempena angka, ianya punyai nama sendiri yang anda mungkin tidak pernah dengar.

Antaranya adalah Kampung Segoleng dan Munggu Kubur, yang dikatakan hanya golongan tua yang masih menggunakan nama tersebut.

Kampung Munggu Kubur terletak berdekatan dengan Masjid Bahagian  dan Kampung Segoleng pula terletak berhampiran dengan Sungai Bintangor. Nama kedua kampung ini lenyap secara perlahan lahan apabila pemerintah Inggeris mengambil alih pemerintahan sekitar tahun 1946.

Ianya dilakukan bagi memudahkan mereka untuk mengingati nama kampung tersebut, mungkin kerana nama asal yang agak sukar untuk diingati.

Oleh kerana masalah tersebut, maka mereka menamakan kampung kampung tersebut sebagai Kampung ‘ Number one ‘, ‘ Number Two’ sehinggalah ‘ Number 6 ‘. Perkara tersebut dijelaskan oleh Pemanca Rosli Sahari yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada tahun 2012.

Anda selalu ke Kampung Nombor? Ini Sejarah Nama Kampung Tersebut Yang Anda Perlu Tahu

Selepas Kampung Segoleng, pemerintah British mengubah nama Kampung Bintangor dan Bandarshah kepada Kampung No 2, Kampung Muhibbah pula menjadi Kampung No 3 dan sebahagian lagi menjadi Kampung No 4. Kampung Sungai Lajim menjadi Kampung No 5 dan Kampung Patingan pula menjadi Kampung No 6.

Anda selalu ke Kampung Nombor? Ini Sejarah Nama Kampung Tersebut Yang Anda Perlu Tahu

Nama kampung kampung ini kekal diguna pakai sehingga sekarang, namun begitu masih ramai juga yang mengingati kampung kampung tersebut dengan nama asal mereka.

Uniknya Kampung Nombor adalah kerana ianya seolah olah Kampung Baru di Kuala Lumpur yang merupakan warisan masyarakat melayu di pusat bandar raya.

Anda gemar untuk mandi manda di air terjun? Baca : 3 Air Terjun Ini Merupakan Antara Hidden Gem Terbaik Di Sarawak

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami