Our Local Story

Anda Boleh Terbang Terus Ke 8 Lokasi Ini Tanpa Perlu Check In 2 Kali Dari Kuching

Anda Boleh Terbang Terus Ke 8 Lokasi Ini Tanpa Perlu Check In 2 Kali Dari Kuching

FLYTHRU adalah servis di mana anda boleh terbang ke destinasi yang anda tanpa perlu check in 2 kali walaupun penerbangan anda berhenti di bandar yang lain sebelum itu. Kelebihan FLYTHRU adalah :

  • Tidak Perlu Check In 2 Kali
  • Tidak Perlu Visa Untuk Transit
  • Menjimatkan masa dan anda tidak perlu risau terlepas penerbangan seterusnya.

Contoh FlyThru dari Kuching :

Anda Boleh Terbang Terus Ke 8 Lokasi Ini Tanpa Perlu Check In 2 Kali Dari Kuching

Terdapat lebih daripada 20 destinasi yang anda boleh FLYTHRU dari Kuching dengan menggunakan AirAsia dan disini kami sertakan 8 destinasi tersebut :

  1. Kuching – Jakarta
  2. Kuching – Bali
  3. Kuching – Hanoi
  4. Kuching – Bangkok
  5. Kuching – Pattaya
  6. Kuching – Hong Kong
  7. Kuching – Taipei
  8. Kuching – Honolulu ( Amerika Syarikat )

Seperti gambar yang dipaparkan di atas, untuk ke Bali anda perlu transit di KLIA2 dan penerbangan seterusnya ke Bali adalah 1 jam 45 minit selepas ketibaan anda di KLIA2.

Keseluruhan masa perjalanan anda adalah sekitar 6 jam tanpa anda perlu bingung memikirkan queue check in di KLIA2 dan terlepas penerbangan seterusnya.

Sekiranya anda berkira kira untuk bercuti di 8 destinasi di atas, anda boleh semak di laman sesawang airasia.com untuk memeriksa jadual penerbangan. Melalui pengamatan kami, tidak mustahil satu hari nanti kita dapat Fly Thru melalui bandar bandar lain seperti Kota Kinabalu atau Johor Bahru kerana semakin banyak penerbangan antarabangsa terdapat dari bandar bandar tersebut.

Anda boleh semak artikel lama kami berkaitan 5 penerbangan antarabangsa yang diberhentikan dari Kuching di pautan ini : 5 international routes that failed to sustain from and to Kuching 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami