fbpx
More

    Anak Sarawak Dilantik Ketuai Dewan Bahasa Dan Pustaka

    Anak Sarawak Dilantik Ketuai Dewan Bahasa Dan Pustaka

    Bekas timbalan ketua pengarah, Abang Sallehuddin Abang Shokeran dilantik sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baru.

    “Panel temu bual telah bersetuju mencadangkan calon yang mendapat markah keseluruhan tertinggi sebagai calon yang berjaya mengisi jawatan ketua pengarah.

    Anak Sarawak Dilantik Ketuai Dewan Bahasa Dan Pustaka

    “Lembaga pengelola DBP bersetuju memperakukan cadangan panel tersebut dan perakuan ini diluluskan oleh YB menteri pendidikan dengan persetujuan YAB perdana menteri,” kata Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

    Abang Sallehuddin dilantik berdasarkan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978).

    Beliau telah berkhidmat dengan DBP selama 36 tahun dan pernah memegang jawatan pengarah DBP Wilayah Timur, pengarah pengembangan bahasa dan sastera DBP.

    Jawatan terakhirnya sebagai timbalan ketua pengarah (dasar) DBP.

    Isu calon Ketua Pengarah DBP sudah agak lama dibincangkan dengan pelbagai pihak cuba melobi untuk mendapatkan jawatan itu.

    Artikel Berkaitan