Our Local Story

Anak Jati Sarawak Henry Golding Muncul Dalam The Ellen DeGeneres Show

Anak Jati Sarawak Henry Golding Muncul Dalam The Ellen DeGeneres Show

Anak Jati Sarawak Henry Golding Muncul Dalam The Ellen DeGeneres Show

Pelakon, pengacara dan anak jati Sarawak Henry Golding mencipta sejarah apabila muncul dalam program bual bicara popular Amerika Syarikat, The Ellen DeGeneres Show pada 23 April.

Henry, 31, telah ditemu bual oleh personaliti terkenal, Ellen DeGeneres dalam rancangan tersebut untuk mempromosikan filem pertamanya, Crazy Rich Asians.

Turut bersama Henry dalam temu bual itu ialah heroin filem tersebut, Constance Wu.

Henry memberitahu Ellen beliau teruja dijemput sebagai tetamu program itu kerana itu ialah program temu bual pertamanya.

“Ini ialah program temu bual saya yang pertama dan ia pengalaman ‘gila’.

Beliau juga memberitahu Ellen bahawa Crazy Rich Asians ialah filem pertamanya.

“Latar belakang saya lebih kepada bidang penyiaran seperti melakukan program jelajah untuk BBC dan Discovery Channel,” katanya.

Anak Jati Sarawak Henry Golding Muncul Dalam The Ellen DeGeneres Show

Ditanya mengenai asal usulnya, Henry dengan bangga memberitahu Ellen beliau daripada suku kaum Iban dan berasal dari Malaysia.

“Saya orang Iban… Saya separuh Malaysia dan British. Ibu saya dari Sarawak,” katanya.

Crazy Rich Asians arahan Jon M Chu akan berada di pawagam pada 17 Ogos.

Beliau juga akan muncul dalam filem Monsoon arahan Hong Khaou dan A Simple Favor arahan Paul Feig.

A Simple Favour yang menggandingkannya dengan pelakon Hollywood terkenal Blake Lively dan Anna Kendrick akan ditayangkan pada 14 September.

Henry sebelum ini merupakan pengacara 8TV Quickie dan dokumentari Welcome To The Railworld Japan (8TV) dan Surviving Borneo (Discovery Channel Asia).

Tontoni temu bual Henry di The Ellen DeGeneres Show (atau fast forward ke 1:25 untuk mendengarnya menceritakan asal usulnya dari Sarawak).

 

 

 

Related posts
Our Local Story

Sarawak Pay Nak Berik Handphone Free Sempena Agenda OKSHE. Tok Caranya

Our Local Story

Grab Food Bakal Meluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Kuching

Our Local Story

Cacian Netizen Terhadap Peniaga Pakistan Di Bau Menjengkelkan

Our Local Story

Permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2019 Kini Dibuka

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami