in

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini

Jika anda kelaparan dan mee segera anda tidak cukup perencah, apakah yang anda akan lakukan?

Bagi pencinta mi goreng Ibumie saudara Danaz Whathell, beliau telah menghantar mesej kepada syarikat Ibumie melalui Facebook untuk memberitahu Ibumie Mi Gorengnya kekurangan satu perencah.

Ikuti pengalaman Danaz dan respon Ibumie yang mencuit hati:

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini

Sumber: Danaz Whathell (Facebook)Pada 5 Januari, Danaz yang kelaparan mengadu kepada Ibumie bahawa perencah mee segeranya kekurangan satu. Beliau bertanya kepada pihak Ibumie jika mereka dapat menghantar satu perencah ke rumahnya keesokan hari.

 

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini
Sumber: Danaz Whathell (Facebook)

Pihak Ibumie pun membalas mesej Danaz pada 7 Januari untuk meminta butirannya.

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini
Sumber: Danaz Whathell (Facebook)

Seminggu kemudian, pihak Ibumie menghantar Mi Goreng Ibumie kepada Danaz.

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini
Sumber: Danaz Whathell (Facebook)

Saudara Danaz dengan gembiranya menerima bungkusan Ibumie dengan perencah yang lengkap.

Apabila ditanya apa yang membuatkannya menghantar mesej kepada Ibumie pada mulanya, Danaz memberitahu ilovekch.com bahawa beliau pernah membaca kisah yang sama yang pernah berlaku lalu ingin mencuba nasib beliau.

“Kamek tertangga ada orang post pasal mee maggie ya kurang perencah ya kamek cuba juak.. Ingat bulak, sekali nangga bena-bena”, katanya.

Beliau berasa terkejut apabila Ibumie benar-benar menghantar mee segera ke rumahnya.

“Macam sik cayak jak,” sambung Danaz sambil ketawa.

Apa-apa pun, tahniah Ibumie kerana berusaha menjaga hati pelanggan dan tahniah Danaz kerana mendapat Mi Goreng Ibumie dengan perencah yang lengkap.

Lebih cerita tempatan mengenai Kuching : Our Local Story In Kuching

 

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching