Akibat Parking Sesuka Hati, Kereta Ini Dicalari
Semalam kecoh di media sosial mengenai gambar gambar sebuah kereta vios yang dicalari dengan pelbagai ayat seperti ‘ I Parked Like An Idiot ‘ , A**hole berdekatan dengan sebuah hotel yang terletak di tengah tengah bandaraya Kuching.
Koleksi gambar yang viral tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dan juga negatif mengenai tindakan mencalar kereta tersebut dengan perkataan perkataan yang ditulis, namun ramai juga netizen menyokong tindakan tersebut.

Tidak dinafikan bahawa tindakan mencalar kereta tersebut merupakan satu tindakan vandalisme kerana merosakkan harta benda orang lain, tapi mungkin kerana terlalu lama menunggu dan pemilik kenderaan tersebut tidak hadir ke kereta beliau, si penunggu marah dan bertindak meninggalkan ‘amaran’ kepada pemilik kenderaan tersebut.
Pengajarannya di sini, apabila kita menghalang mana mana laluan atau double park tinggalkan no untuk dihubungi supaya tidak menyusahkan orang lain.