fbpx
Our Local Story

Akibat Duduk Rapat-Rapat, 49 Pelanggan Sebuah Bistro Di Kuching Didenda RM 1K Seorang

Gagal patuhi SOP

Akibat Duduk Rapat-Rapat, 49 Pelanggan Sebuah Bisro Di Kuching Didenda RM 1K Seorang. Terkini, dilaporkan 49 orang didenda RM1,000 seorang akibat gagal menjaga penjarakan sosial.

Insiden tersebut berlaku di salah satu bistro di Kuching.

Akibat Duduk Rapat-Rapat, 49 Pelanggan Sebuah Bistro Di Kuching Didenda RM 1K Seorang
Akibat Duduk Rapat-Rapat, 49 Pelanggan Sebuah Bistro Di Kuching Didenda RM 1K Seorang

Diserbu polis, pelanggan dan pekerja premis tidak mematuhi SOP penjarakan sosial

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Gani Awang Din, ketika polis dari Balai Polis Padungan yang diketuai oleh ASP Wan Mohamad Ali Wan Malek membuat pemeriksaan di salah satu bistro di Jalan Song Thian Cheok, mereka mendapati bistro berkenaan dan pengunjung tidak mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sebuah bistro di pusat Kuching diserbu semalam akibat pelanggan dan pengendali premis gagal patuhi SOP penjarakan sosial. Kredit: The Borneo Post

“Walaupun terdapat banyak amaran dari pihak polis yang telah mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak mematuhi SOP penjarakan sosial, masih ada yang enggan mematuhi norma baru,” kata beliau.

Semasa serbuan, mereka mendapati bahawa pekerja dan pelanggan premis gagal mengikuti SOP di mana mereka dilihat duduk berdekatan satu sama lain dan mengabaikan arahan kerajaan.

49 orang disaman, dimana 38 dari bilangan itu adalah lelaki dan 11 adalah perempuan.

Antara yang disaman juga termasuk pemilik bistro tersebut dan pekerjanya. Dikatakan mereka tidak mematuhi SOP kemudian diarahkan ke Balai Polis Padungan di mana saman dikeluarkan kepada mereka.

Semua individu yang dikampun untuk kesalahan tersebut selaris dengan Peraturan 4, PPPPB (No. 7) 2020.

Polis tidak akan memberi amaran dan tidak akan teragak-agak untuk saman mana-mana premis yang tidak mematuhi SOP

Beliau berkata mana-mana premis yang tidak mengikuti SOP penjarakan sosial akan dikenakan saman tanpa amaran.

“Pemantauan dan pemeriksaan yang ketat di premis tersebut akan dilakukan secara berterusan. Tindakan tegas akan diambil untuk mengekang penyebaran Covid-19 yang kini sedang meningkat,” ujarnya lagi.

Beliau bertambah lagi ia diharapkan orang ramai terutamanya pengendali dan pelanggan premis untuk sentiasa mematuhi arahan kerajaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk mematuhi SOP penjarakan sosial.

Jangan ingat “indi duoh taruh, taruh duoh indi, oohaa” sahaja ya. Tiada larangan untuk anda menikmati minuman anda, yang penting anda patuh dengan SOP dan jaga penjarakan sosial.

Baca lagi disini:

Sumber
The Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close