Our Local Story

AirAsia Lancarkan Laluan Terus Kuching-Shenzhen Mulai 26 Disember 2017

AirAsia Lancarkan Laluan Terus Kuching-Shenzhen Mulai 26 Disember 2017

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai laluan baru mereka yang menghubungkan Kuching ke Shenzhen, dengan frekuensi 7 kali seminggu bermula pada 26 Disember 2017 ini.

Laluan tersebut adalah laluan ketiga yang dilancarkan AirAsia dari Kuching tahun ini, dan juga laluan antarabangsa yang ketiga selepas Pontianak dan juga Singapura.

Spencer Lee, ( Head Of Commercial AirAsia Bhd ) berkata :

” Kami amat teruja untuk menghubungkan Kuching ke Shenzhen dan menambah laluan antarabangsa ke Malaysia Timur. Sarawak tersenarai sebagai antara destinasi pelaburan yang terkenal di Malaysia untuk syarikat dari China dan kami percaya laluan baru ini akan menguatkan dan menambah peluanga untuk perdagangan antarabangsa, pelaburan terus dari luar negara, e-commerce dan seterusnya membantu untuk meneguhkan ekonomi Sarawak ”

” Selain itu, laluan baru ini juga menjadikan Kuching semakin dengan untuk menjadi hab regional, selaras dengan usaha kerajaan untuk menambahbaik sektor pelancongan. Kami berterima kasih kepada pimpinan Kerajaan Sarawak untuk sokongan berterusan dan kerjasama baik dari mereka. Kami juga komited untuk mengembangkan hab ini dan meletakkan Sarawak di atas peta sebagai destinasi popular selain dari membawa lebih pengunjung ke Sarawak ”

AirAsia Lancarkan Laluan Terus Kuching-Shenzhen Mulai 26 Disember 2017

Untuk meraikan pelancaran laluan baru ini, AirAsia kini menawarkan tambang promosi all in fares serendah RM88* sehala dari Kuching ke Shenzhen sekiranya anda menempah dari sekarang sehingga ke 5 November 2017 di airasia.com atau melalui aplikasi airasia untuk peranti android dan apple. ( Travel From 26 Dec 2017 – 25 Mar 2018 ).

Bagi Ahli BIG AirAsia, mereka akan menikmati 100 point BIG sekiranya mereka membeli insurans secara atas talian.

AirAsia Lancarkan Laluan Terus Kuching-Shenzhen Mulai 26 Disember 2017

Shenzhen merupakan sebuah Bandar Moden di China yang terkenal sebagai Silicon Valley Of Hardware. Shenzhen juga terletak di sempadan China – Hong Kong dan merupakan antara bandar yang mempunyai penduduk yang padat di China.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami