Our Local Story

AirAsia lancar laluan antarabangsa pertama dari Bintulu ke Singapura dengan Tempat Duduk Percuma*

AirAsia lancar laluan antarabangsa pertama dari Bintulu ke Singapura dengan Tempat Duduk Percuma*

AirAsia lancar laluan antarabangsa pertama dari Bintulu ke Singapura dengan Tempat Duduk Percuma*

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama sembilan tahun berturut-turut hari ini melancarkan laluan antarabangsa pertama dari Bintulu ke Singapura. Laluan baharu ini akan bermula pada 27 Disember 2017 dengan empat kali penerbangan terus seminggu.

Pengenalan laluan unik ini adalah selari dengan pelan pengembangan di Sarawak oleh syarikat penerbangan itu. Selain menambah dua laluan baharu ke negeri itu iaitu Kuching-Shenzhen dan Bintulu-Singapura, syarikat penerbangan itu juga meningkatkan kekerapan penerbangan antara laluan utama di Malaysia Timur; Kuching-Miri hingga 29 kali seminggu, Kuching-Singapura hingga 16 kali seminggu, dan Miri-Singapura hingga 7 kali seminggu.

Untuk meraikan pelancaran ini, AirAsia menawarkan TEMPAT DUDUK PERCUMA* dari Bintulu ke Singapura yang boleh didapati dari sekarang hingga 12 November 2017 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, untuk tempoh perjalanan antara 27 Disember 2017 dan 21 November 2018.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami amat berbesar hati untuk melancarkan satu lagi laluan antarabangsa dari Sarawak selepas melancarkan Kuching-Shenzhen pada awal minggu ini. Pengumuman laluan baharu dan penambahan kekerapan penerbangan ini terus mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia Timur dan menjadi bukti komitmen kami untuk membangunkan Sarawak, selari dengan rancangan kami untuk negeri itu.

“Semua ini tidak akan dapat dilakukan tanpa sokongan berterusan daripada kerajaan Sarawak dan kami ingin mengucapkan kasih kepada mereka. Sarawak mempunyai pelbagai tawaran menarik selain daripada produk pelancongan, dan ianya sangat penting bagi kami. Selain menyumbang kepada resit pelancongan di negeri ini, kami percaya laluan Bintulu-Singapura juga akan menggalakkan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua bandar itu.”

AirAsia lancar laluan antarabangsa pertama dari Bintulu ke Singapura dengan Tempat Duduk Percuma*

AirAsia kini terbang ke tiga destinasi dari Bintulu; iaitu Singapura, Kuala Lumpur dan Kuching dengan sejumlah 39 penerbangan seminggu. Bermula 7 November 2017, AirAsia akan memindahkan operasinya di Lapangan Terbang Changi Singapura dari Terminal 1 ke Terminal 4 yang merupakan terminal automatik sepenuhnya yang menumpukan kepada konsep Perjalanan Cepat dan Lancar (FAST).

Bersebelahan Malaysia dan Indonesia, Singapura adalah sebuah bandar yang padat dengan pelbagai tarikan seperti Marina Bay Sands, Gardens by the Bay, Pulau Sentosa, Universal Studios, Muzium Seni Singapura serta Marine Life Park – yang merupakan aquarium laut terbesar di dunia. Kota Singa ini juga menawarkan pelbagai pilihan juadah yang menarik di Orchard Road, Arab Street, Chinatown, Bugis Street, Clarke Quay dan Little India untuk melengkapkan pengalaman unik anda di Singapura. Ia juga mempunyai pusat membeli-belah dan hiburan yang menakjubkan serta pelbagai acara mengujakan seperti The Great Singapore Sale, Singapore Grand Prix, Festival Laneway, ZoukOut dan banyak lagi.

Untuk maklumat terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami