Our Local Story

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Dengan AirAsia kini terbang terus dari Kuching ke Langkawi, rakyat Sarawak yang tinggal di Kuching secara amnya mempunyai pilihan untuk melancong terus ke Langkawi, pulau bebas cukai yang terkenal di Malaysia.

Dalam artikel ini, kami sertakan 10 tempat menarik untuk lawati di Langkawi dan tempat tempat penginapan yang sesuai

1. Kota Mahsuri & Makam Mahsuri

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : naturallylangkawi.my

Mengikut lagenda, dipercayai bahawa Kota Mahsuri merupakan tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan.

Siapa Mahsuri ?

Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam.

Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : naturallylangkawi.my

Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat.

Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri .

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : naturallylangkawi.my

Anda juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini.

Jika anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma.

Bayaran sebanyak RM0.50 sen akan dikenakan jika anda ingin menggunakan tandas awam. Terdapat kolam ikan di pintu masuk untuk mengalu-alukan anda, air yang sangat hijau dan kawasan sekitar yang bersih juga menjadi salah satu tarikan selain daripada cerita sejarah disebaliknya.

Harga Tiket :

Dewasa : RM7
Kanak-kanak : RM3.50
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)

Tel : +60 4-955 6055

Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

2. Dataran Helang

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar.

Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran.

Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.

Harga tiket : Percuma

Waktu Operasi : Setiap Hari

Tel : +604 966 7789 (Langkawi Tourist Information Centre)

Lokasi : Kuah Jetty, 07000 Kuah, Langkawi

3. Laman Padi

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : naturallylangkawi.my

Laman padi merupakan destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini anda boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan.

Beroperasi semenjak tahun 1988, Laman Padi mempunyai keluasan 14.28 ekar dan kawasan pertanian yang seluas 8.6 ekar.

Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.

Ia terletak di Pantai Cenang berdepan dengan Meritus Pelangi Hotel. Kalau anda daripada lapangan terbang ia mengambil masa 10 minit jika anda memandu.

Harga tiket : Percuma

Waktu Operasi : Setiap Hari (8 am – 5 pm) | Cuti Umum (8 am – 6 pm)

Tel : +604-9554312

Lokasi : Laman Padi, Pantai Chenang, Mukim Kedawang 07000

4. Kereta Kabel Langkawi

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : naturallylangkawi.my

Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah.

Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.

Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi.

Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.

Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit.

Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut.

Anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.

Kereta Kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kable yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.

Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.

Dinasihati anda semak jadual penyelengaraan Cable Car di laman web rasmi panoramalangkawi.com sebelum datang.

Harga Tiket :

  • Dewasa : RM30 (Berserta Mykad)
  • Kanak-Kanak: RM22 (Berserta Mykad)
  • Waktu Operasi: 9.30 am – 7.00 pm

Tel : +60 4-959 4225

Lokasi : Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi

5. Jambatan Udara Langkawi

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : naturallylangkawi.my

Jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang.

Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.

Anda perlu menaiki Cable Car jika anda hendak ke Jambatan Udara tersebut.

Harga Tiket : Termasuk dengan harga tiket Cable Car

Waktu Operasi : Isnin – Khamis (10 am – 6 pm) | Jumaat – Ahad (9.30 am – 7.00 pm)

Lokasi : Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi

6. Underwater World Langkawi

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : Naturallylangkawi.my

Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.

Underwater World ini terletak di hujung pantai cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar.

Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.

Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda.

Waktu Makan Haiwan Setiap Hari
African Penguin (11.00 am – 2.45 pm)
Rockhopper Penguin (11.15 am – 3.00 pm)
Furseal (2.30 pm)
Tunnel Tank (3.30 pm)
Harga Tiket :

Dewasa – RM43
Kanak-kanak – RM33
Warga Emas – RM26
Waktu Operasi : Hari Biasa (10 am – 6 pm) | Cuti Umum (9.30 am – 6.30 pm)

No Tel : +604 955 6100 | +604 959 1357

Lokasi : Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000, Langkawi

7. Taman Burung Langkawi Bird Paradise

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : Naturallylangkawi.my

Taman burung langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002.

Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung yang berlainan.

Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter.

Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia.

Jika anda memandu Ia mengambil 10 minit dari Pekan Kuah.

Harga Tiket (Berserta Mykad) :

Dewasa RM21
Kanak-kanak RM14
Warga Emas (60thn) RM14
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.30 am – 6.00 pm)

No Tel : +604 966 5855

Email : wildlifeplanet@gmail.com

Lokasi : Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah

8. Air Terjun Telaga Tujuh

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : Naturallylangkawi.my

Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang. Kalau anda berani boleh panjat ke atas air terjun ini.

Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan.

Anda boleh ke puncak dengan menaiki anak-anak tangga yang disediakan dan ia mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak.

Harga : Percuma

Waktu Operasi : Setiap Hari

No Tel : +604 966 7789

Lokasi : Gunung Mat Cincang , 1km dari Oriental Village

9. Taman Buaya Langkawi

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : Naturallylangkawi.my

Taman Buaya Langkawi atau Langkawi Crocodile Farm terletak 32 km dari Pekan Kuah. Di sini anda boleh melihat buaya dalam habitat semulajadi mereka.

Hampir 1,000 ekor buaya dipamerkan di Taman Buaya Langkawi ini. Buaya diasingkan ke dalam tiga kolam yang berlainan:

Kolam Pembiakan
Kolam Pemakanan
Kolam Pertunjukan
Sebagai hiburan, anda boleh menonton pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih.

Jangan lupa untuk melawat buaya istimewa yang bernama Bujang Kawi. Bujang kawi merupakan seekor buaya yang besar yang lahir tanpa gigi, berukuran 13 kaki dan mempunyai keberatan 450 kilo.

Harga Tiket (Berserta MyKad) :

Dewasa – RM15
Kanak-kanak – RM10
Makanan Buaya – RM5
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Tel : +604 959 2559

Lokasi : Jalan Datai, Kubang Badak, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi,Kedah Darul Aman

10. Pekan Kuah

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Langkawi, Ini 10 Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

Gambar : Naturallylangkawi.my

Mengikut lagenda, Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa pergaduhan anatara dua gergasi, Mat Cincang dan Mat Raya yang wujud pada masa silam.

Akibat daripada pertarungan ini kuah gulai tertumpah mengenangi kawasan ini dan dari situ Pekan Kuah mendapat namanya. Di pekan ini terdapat:

Tempat membeli-belah bebas cukai
Jeti Feri
Dataran Helang
Restoran
Bank & Pejabat Kerajaan
Salah satu sebab orang datang bercuti ke Pulau Langkawi ini adalah kerana barang di sini bebas cukai. Disebabkan oleh ini, Pekan Kuah merupakan syurga membeli belah kepada yang mencari barang murah. Antara barang yang popular di sini adalah:

Coklat Import Jenama Antarabangsa
Set Pinggan Mangkuk & Barang Dapur
Minyak Gamat
Jika anda mencari tempat makan yang best di Langkawi anda akan jumpa di pekan ini. Anda boleh pilih untuk menjamu selera dengan hidangan seperti nasi kandar hingga ke makanan laut segar.

Lokasi: Kuah, 07000 Bandar Kuah, Kedah

Sumber : Mai Singgah

Langkawi mempunyai pelbagai jenis penginapan yang menarik, sesuai untuk bajet anda, anda boleh semak pautan ini untuk pilihan hotel hotel yang terdapat di Langkawi : hotels.ilovekch.com

Jika anda ingin menempah tiket penerbangan ke Langkawi pula, kami sarankan anda semak harga tiket melalui skyscanner.com , anda berpeluang untuk mendapatkan tiket AirAsia serendah RM79 untuk satu hala.

Baca juga artikel lama kami : AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dari Langkawi Ke Kuching

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami