Our Local Story

AirAsia Akan Mengendalikan Laluan Kuching – Shenzhen Hujung Tahun Ini

AirAsia Akan Mengendalikan Laluan Kuching – Shenzhen Hujung Tahun Ini

Sebelum ini kami pernah mengeluarkan sebuah artikel : Penerbangan Terus Dari Kuching Ke Shenzhen Dan LCCT di Kuching di mana Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menerangkan perkara tersebut di sebuah forum, malam semalam pula, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pula mengulangi pengumuman yang sama ketika merasmikan pembukaan Metrocity Seafood Garden di Jalan Matang.

AirAsia Akan Mengendalikan Laluan Kuching - Shenzhen Hujung Tahun Ini

Menurut CM Abang Jo, perkara tersebut adalah hasil kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga Airasia di mana Shenzhen adalah antara bandar yang akan dihubungkan dengan Kuching melalui penerbangan terus.

Menurut CM Abang Jo juga, Kerajaan Sarawak sedang dalam perbincangan untuk menyambung kembali laluan Kuching – Hong Kong yang diberhentikan beberapa bulan yang lepas.

Baca artikel lama kami di sini : 5 international routes that failed to sustain from and to Kuching

AirAsia pula sebelum ini melancarkan penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak, dan Kuching ke Langkawi.

AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dari Langkawi Ke Kuching

Baca di sini : AirAsia Lancarkan Penerbangan Terus Dari Langkawi Ke Kuching 

Baca lagi : AirAsia Kini Terbang Terus Dari Kuching Ke Pontianak

AirAsia Akan Mengendalikan Laluan Kuching - Shenzhen Hujung Tahun Ini

Shenzhen adalah kota teknologi di China dan merupakan pusat hardware, internet of things dan sebagainya. Ianya juga adalah syurga untuk anda yang gilakan gajet dan bahan elektronik

 

Related posts
Our Local Story

Gara Gara Undian Di Instagram, Remaja Terjun Bunuh Diri Di MJC Kuching.

Our Local Story

Foodpanda Mulakan Operasi Di Kuching, Diskaun RM15 Untuk Tempahan Pertama

Our Local Story

GrabFood Mula Beroperasi Di Kuching. Diskaun setinggi 50% Untuk Pelanggan

Our Local Story

Kini Anda Tidak Perlu Lagi Berbaris Untuk Bayar Bil Utiliti Di Sarawak. Boleh Dapatkan Ganjaran Tunai Lagi!

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami