in

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Kenali

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Kenali

AFFENDI JULAIHI: SANG SPEEDY GONZALES.

Kelibatnya yang pantas berlari tanpa henti sentiasa menjadi ingatan para pengikut setia kancah bola sepak Liga Malaysia era 90an.

Affendi Julaihi, satu nama yang pasti mengingatkan kita kepada kelibat penyerang lincah dari Bumi Kenyalang.

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Kenali

Ada laporan akhbar ketika itu yang menyatakan bahawa anak jati Kampung Gita, Kuching ini asalnya adalah atlet pecut, dan pernah mencatat bawah 11 saat untuk jarak 100 meter.

Populariti sukan olahraga ketika itu, terutama dengan perseteruan legenda Watson Nyambek-Azmi Ibrahim, sekadar menaikkan lagi ‘saham’ alumni Sekolah St. Joseph, Kuching ini.

Menjadi trend untuk media mengaitkan ‘kisah cinta’ antara atlet dan selebriti hiburan. Amy Mastura, penyanyi yang lahir menerusi program Asia Bagus yang sangat popular ketika itu, digosipkan bercinta dengan Affendi.

Asia Bagus dihoskan oleh dua perantara yang terkenal, Najib Ali dan Tomoko Kadowaki. Terus, nama Affendi meniti di bibir peminat. Sumbangan terbaik Affendi bersama skuad Ngap Sayot ialah menjaringkan sebanyak 14 gol dalam satu musim.

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Kenali

Dengan usaha keras dan perancangan tersusun Alan Vest, Lucas Kallang dan Allahyarhamhu Datuk Haji Taha Arifin, Sarawak FA gah berdiri sebagai antara pasukan yang digeruni ketika itu.

John ‘Kerbau’ Hunter, Panggiran Bala, Ramos dan Ramles Sari, Gilbert Cassidy, Mazelan Wahid Abdul, Jalil Rambli, Ali Sapiee, Zaidil Sakup, Ahmad Fairuz, Nazri Yunos, Shamsurin Abdul Rahman, Dahlan Matusin, David Evans, Billy Bone dan Alistair Edwards antara yang melekat dalam kotak minda kita.

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Kenali

Juga pernah menabur bakti bersama skuad kebangsaan, antara yang diingati ialah apabila beliau terlanggar gol lawan sehingga tumbang, dalam satu perlawanan bertemu Kemboja.

Pada Disember 1995, berlaku satu insiden unik dan lucu sewaktu kejohanan Sukan SEA di Thailand.

Ketika Malaysia telah pun mendahului skuad Kemboja yang serba kekurangan dengan jaringan 9-0. Pada minit ke-83, Affendi merembat bola dengan kencang sambil berlari laju.

Bola terkena palang, tatkala Affendi terus berlari tanpa sempat ‘menekan brek’, sehingga tersangkut pada jaring gol. Momentum pecutannya dan berat badannya yang tersangkut pada jaring, menyebabkan tiang gol terjatuh bersama Affendi.

Anuar Abu Bakar yang telah pun menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu, dengan penuh yakin melepaskan rembatan padu, sebaik melihat bola yang melantun datang.

Namun, gol itu diisyhtiharkan sebagai tidak sah oleh pengadil, kerana tiang gol yang rasmi ‘tidak lagi wujud’ ketika itu.

Para petugas teknikal mengambil masa hampir sejam untuk memasang semula pintu gawang tersebut.

Ketika tahun 1999, selepas 7 musim bersama skuad Bujang Senang, tercetus sedikit kontroversi kerana Affendi dikaitkan dengan beberapa pasukan negeri seperti Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah. Namun, akhirnya beliau memilih untuk menyarung jersi Kelantan FA.

Dikatakan bahawa di Negeri Cik Siti Wan Kembang lah beliau banyak mengikuti pengajian agama, sebelum aktif bersama Jamaah Tabligh tidak berapa lama kemudian.

Kini, beliau dilaporkan telah bergelar pengetua di sebuah sekolah agama, Madrasah Darul Uloom Islamiyyah di Kuching, Sarawak.

Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Kenali

Baik sebagai penyerang yang laju bak lipas kudung. Mahupun sebagai pendakwah yang tegar dan disenangi, nama seorang Affendi Julaihi akan terus hidup dalam jiwa penyokong Sarawak FA.

Encang Sarawak Encang!

Sumber : Retro Bola Sepak

Facebook Comments
4 Aiskrim Menarik Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching Food Festival 2018

4 Aiskrim Menarik Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching Food Festival 2018

Ingatkan Tangki Minyak Bocor, Rupanya Dicuri Ketika Tidur Malam Hari

Ingatkan Tangki Minyak Bocor, Rupanya Dicuri Ketika Tidur Malam Hari