fbpx
More

    Ada The Next Big Idea Dan Nak Kembangkan Idea Tersebut Di Sarawak? Ini Caranya

    Ada The Next Big Idea Dan Nak Kembangkan Idea Tersebut Di Sarawak? Ini Caranya

    Anda ada idea hebat? The next big idea yang anda rasa ada potensi untuk jadi success story macam Grab, Fave atau The Lorry?
    Jika anda ada idea tersebut dan ingin membawa idea anda satu langkah ke hadapan, kini anda boleh mula untuk memohon untuk menyertai TEGAS PRE Accelerator Bootcamp.

    Ada The Next Big Idea Dan Nak Kembangkan Idea Tersebut Di Sarawak? Ini Caranya

    Apa benda TEGAS Pre Accelerator Bootcamp tok?

    TEGAS Pre Accelerator Bootcamp tok adalah satu Bootcamp khas yang direka bagi syarikat pemula (startups) yang berada dalam fasa idea atau permulaan untuk membawa idea tersebut ke peringkat seterusnya. Contohnya, jika anda nak membina sebuah platform atau portal untuk reserve tiket bas dari Kuching ke Miri, atau pun nak tempah Van Sewa dari Asajaya ke Kuching tapi ktk orang masih belum fine tune kan idea ya, ktk orang boleh apply untuk menghadiri Bootcamp tok yang akan diadakan selama seminggu di SMA TEGAS DIGITAL INNOVATION HUB, Kuching.

    Ada The Next Big Idea Dan Nak Kembangkan Idea Tersebut Di Sarawak? Ini Caranya

    Jadi apa yang anda akan pelajari di TEGAS Pre Accelerator Bootcamp ini?
    Banyak sangat, tapi secara ringkas nya adalah anda menjalani proses dari idea validation sehingga ke proses melancarkan idea tersebut. Selain itu, anda juga akan mempelajari strategi untuk membawa idea anda ke pasaran dan paling best, belajar bagaimana mendapatkan dana dan membentangkan idea kepada pelabur yang berminat.

    Aha, cun nak kitak orang yang tengah ada idea yang power ya?

    Ada The Next Big Idea Dan Nak Kembangkan Idea Tersebut Di Sarawak? Ini Caranya


    Ada 12 orang mentor dan fasilitator dari industri yang akan guide anda sepanjang Bootcamp ini. Antaranya adalah Nadhir Ashafiq, CEO The Lorry yang pernah mendapat dana sebanyak USD 1.5 Juta untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kini The Lorry mempunyai operasi di beberapa buah negara ASEAN.

    Selain itu, Sam Shafie yang merupakan CEO PitchIN dan Watchtower & Friends akan turut menjadi mentor dan fasilitator untuk Bootcamp ini. Watchtower and Friends merupakan rakan strategik TEGAS Pre Accelerator Bootcamp dan sebelum ini mereka pernah menjadi pelabur awal untuk The Lorry.

    Ada The Next Big Idea Dan Nak Kembangkan Idea Tersebut Di Sarawak? Ini Caranya

    Mereka adalah sebahagain daripada nama nama besar yang akan berkongsi cara dan juga membantu anda mengembangkan idea anda ke peringkat seterusnya sekiranya anda terpilih bagi TEGAS Pre Accelerator Bootcamp ini.

    Apa yang anda akan perolehi di TEGAS Pre Accelerator Bootcamp ini?

    Of courselah coaching dan mentoring dari pakar pakar industri. Kesemua mereka mempunyai proven track record dan pengalaman mereka memang tip top.

    Ada The Next Big Idea Dan Nak Kembangkan Idea Tersebut Di Sarawak? Ini Caranya

    Anda juga akan berpeluang untuk pitch idea anda kepada pelabur yang akan menghadiri Bootcamp ini nanti. Sekiranya idea anda mantap, tidak mustahil akan ada pelabur yang akan memberi anda dana untuk mengembangkan idea anda. Selain itu, anda akan mendapat laluan khas ke Bootcamp TEGAS Startup Lab, Sarawak Shell Livewire dan juga WTF Accelerator. Kesemua Bootcamp ini akan further enable anda untuk mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan, dana geran dan juga dana komersil untuk mengembangkan idea idea anda.

    TEGAS Startup Lab contohnya, direka khas untuk membantu anda mempercepatkan perkembangan perniagaan anda melalui structured coaching & mentoring selama 12 bulan.

    Pemenang TEGAS Pre Accelerator Bootcamp untuk tahun lepas, Trifold dan Menur dipilih untuk memasuki TEGAS Startup Lab. Menur juga dipilih untuk menyertai Global Accelerator Bootcamp di Cyberjaya selama 3 bulan yang ditaja sepenuhnya oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Center. Manakala satu lagi pemenang, iaitu BAWA Tech yang mencipta Bawa Cane pula berjaya menjadi 1st Runner Up untuk Selangor International Pitch 2018.

    Ada The Next Big Idea Dan Nak Kembangkan Idea Tersebut Di Sarawak? Ini Caranya

    Kemuncak bagi TEGAS Pre Accelerator Bootcamp adalah Demo Day, di mana peserta berpeluang untuk membentangkan idea mereka kepada pelabur pelabur yang datang. Tahun lepas, Demo Day ini dihadiri oleh Khailee Ng dari 500 Startups dan beberapa wakil dari venture capital yang lain juga turut hadir.

    Jadi apa tunggu lagi? Permohonan kini dibuka! Anda hanya perlu kepautan ini : bit.ly/TPAB2019 dan hantar permohonan secara atas talian.

    Sekiranya anda berjaya, anda akan dimaklumkan dan akan dijemput secara rasmi untuk menghadiri Bootcamp ini.

    Artikel Berkaitan